Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan pada peranti Mac, peranti iOS dan peranti iPadOS anda
Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan untuk Apple ID anda, direka untuk memastikan anda seorang sahaja yang boleh mengakses akaun anda—walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Aktifkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda
Apabila anda mendaftar masuk ke akaun, anda melihat pengesahan dua faktor telah diaktifkan jika ia telah diaktifkan dulu. Jika tidak aktif, anda boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor semasa menyediakan Mac baru, atau ikut langkah di bawah pada bila-bila masa untuk mengaktifkannya dalam keutamaan Kata Laluan & Keselamatan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Klik Sediakan Pengesahan Dua Faktor, kemudian klik Teruskan.
Jawab soalan pengesahan, kemudian kik Sahkan.
Masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan, pilih kaedah pengesahan, kemudian Teruskan.
Apabila diminta, sahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit yang dihantar ke telefon dipercayai anda. Anda tidak diminta kod pengesahan lagi pada Mac anda melainkan anda mendaftar keluar daripada Apple ID anda sepenuhnya, memadamkan Mac anda atau perlu menukar kata laluan atas sebab keselamatan.
Daftar masuk ke peranti atau pelayar baru dengan pengesahan dua faktor
Kod pengesahan ialah kod sementara yang dihantar ke peranti atau nombor telefon dipercayai anda apabila anda mendaftar masuk ke peranti atau pelayar baru dengan Apple ID anda.
Apabila anda diminta kod pengesahan, cari pemberitahuan pada nombor telefon dipercayai atau pada sebarang peranti dipercayai anda.
Untuk menghantar kod ke nombor telefon dipercayai, klik “Tidak dapat kod pengesahan?” dalam pemberitahuan, kemudian pilih nombor telefon.
Pada peranti dipercayai, ketik atau klik Benarkan untuk melihat kod pada peranti itu.
Masukkan kod pada Mac anda.
Dapatkan kod pengesahan pada Mac, walaupun ia di luar talian
Jika anda tidak menerima kod pengesahan pada telefon atau peranti dipercayai anda, atau jika tiada yang tersedia, anda boleh mendapatkan kod pengesahan dalam keutamaan Kata Laluan & Keselamatan, walaupun jika Mac anda di luar talian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Tulis kod pengesahan atau masukkannya dalam pemberitahuan, kemudian klik OK.
Tambah peranti dipercayai
Untuk menjadikan Mac (macOS 10.11 atau lebih baru), peranti iOS (iOS 9), atau peranti iPadOS sebagai peranti dipercayai, anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID anda pada Mac atau peranti.
Menambah Mac (macOS Catalina): Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Daftar Masuk dan masukkan Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Menambah Mac (macOS Mojave atau lebih awal): Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Daftar Masuk dan masukkan Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Menambahkan peranti iOS atau iPadOS: Ketik Seting > nama anda di bahagian atas skrin. (Jika anda menggunakan peranti dengan iOS 10.2 atau lebih awal, ketik Seting > iCloud.) Sahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit.
Jika anda mendaftar masuk ke Mac, peranti iOS, atau iPadOS anda menggunakan Apple ID yang berbeza sebelum ini, daftar keluar, kemudian daftar masuk lagi.
Anda tidak akan diminta kod pengesahan lagi pada peranti tersebut melainkan anda mendaftar keluar daripada Apple ID anda sepenuhnya, memadamkan peranti anda, atau perlu menukar kata laluan atas sebab keselamatan.
Tambah atau keluarkan nombor telefon dipercayai
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai untuk mendaftar dalam pengesahan dua faktor.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Klik Edit, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menambah nombor telefon, klik butang Tambah . Masukkan kata laluan log masuk Mac anda. Masukkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Pilih sama ada anda mahu untuk dihubungi melalui teks atau panggilan telefon, kemudian klik Teruskan. Masukkan kod yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon dan klik Seterusnya. Nombor telefon dipercayai anda muncul dalam senarai.
Untuk mengeluarkan e-mel atau nombor telefon, pilih nombor telefon, klik butang Padam , kemudian klik Keluarkan.
Lihat atau keluarkan peranti dipercayai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Senarai peranti dipercayai anda kelihatan di bahagian bawah bar sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Lihat butiran peranti dipercayai: Pilih peranti dalam senarai untuk melihat butirannya.
Keluarkan peranti dipercayai: Pilih peranti dalam senarai, klik Keluarkan daripada Akaun, kemudian klik Keluarkan.
Jika anda telah menggunakan pengesahan dua faktor, anda tidak lagi boleh menyahaktifkannya. Sesetengah ciri dalam versi terkini iOS, iPadOS dan macOS memerlukan aras keselamatan tambahan ini. Jika baru-baru ini anda mengemas kini akaun anda untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor dan kemudian memutuskan untuk tidak menggunakannya, anda mesti berhenti menggunakannya dalam masa 2 minggu. Buka e-mel pengesahan pendaftaran dan klik pautan untuk kembali ke seting keselamatan anda yang sebelumnya.
Anda boleh mengurus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.