Apakah menu Status Bateri pada Mac?
Jika anda menggunakan komputer buku Mac, anda boleh melihat status bateri anda dengan cepat dan mengetahui jika app menggunakan jumlah tenaga yang banyak.
Jika anda tidak melihat ikon bateri dalam bar menu, anda perlu menambahnya. Lihat Pantau bateri komputer buku Mac anda.
Untuk melihat menu Status Bateri, klik ikon bateri dalam bar menu.
Baris pertama pada menu menunjukkan peratusan cas bateri.
Baris kedua menu menunjukkan sumber kuasa semasa.
Baris ketiga menyatakan “Dicas Sepenuhnya” atau menunjukkan jumlah masa sehingga bateri penuh. Garis ini hanya muncul apabila Mac anda disambungkan ke bekalan kuasa. Ia mungkin mengambil masa beberapa minit untuk muncul.
Baris keempat menu membekalkan maklumat tentang penggunaan tenaga. Sebagai contoh, jika app menggunakan banyak tenaga, ia mengatakan “Menggunakan Banyak Tenaga” dan menyenaraikan app. Jika app menggunakan banyak bateri, tetapi anda tidak menggunakannya, pertimbangkan menutup app tersebut, terutamanya jika sumber kuasa semasa anda adalah bateri Mac anda.
Pada sesetengah komputer buku Mac yang lebih baru, anda melihat Kecerahan Paparan dalam menu apabila kecerahan paparan disetkan pada paras yang menggunakan jumlah tenaga yang ketara. Jika anda mengkliknya, kecerahan paparan dikurangkan ke anggaran 75 peratus, yang membantu mengoptimumkan penggunaan bateri.