Kemas kini, sandarkan atau pulihkan iPhone, iPad atau iPod touch anda ke Mac anda atau iCloud
Pada Mac, anda boleh mengemas kini perisian pada iPhone, iPad atau iPod touch anda. Anda juga boleh menyandarkan fail dan seting anda serta menggunakan sandaran tersebut untuk memulihkan maklumat pada peranti anda apabila diperlukan.
Kemas kini perisian pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Klik
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat artikel Sokongan Apple Jika komputer anda tidak mengecam iPhone atau iPad anda.
Dalam baris berdekatan bahagian atas, klik Umum.
Klik Semak untuk Kemas Kini.
Untuk memasang kemas kini yang tersedia, klik Kemas Kini.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik dalam bar sisi Finder.
Sandarkan peranti anda
Salah satu cara terbaik untuk melindungi maklumat pada iPhone, iPad atau iPod touch daripada kerosakan atau hilang ialah dengan menyandarkan fail dan seting anda ke Mac anda atau ke iCloud. Menyandar juga berguna jika anda mendapat peranti baharu dan mahu memindahkan seting lama anda kepadanya.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Klik
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat artikel Sokongan Apple Jika komputer anda tidak mengecam iPhone atau iPad anda.
Dalam baris berdekatan bahagian atas, klik Umum.
Untuk memilih pilihan sandaran, lakukan mana-mana yang berikut:
Simpan data sandaran dalam iCloud berbanding pada Mac anda: Pilih “Sandarkan data paling penting anda pada [peranti] anda ke iCloud”. Peranti anda menyandarkan pada iCloud semasa sandaran automatik seterusnya.
Simpan data sandaran pada Mac anda: Pilih “Sandarkan semua data pada [peranti] anda ke Mac ini”. Peranti anda menyandarkan pada Mac anda semasa sandaran automatik seterusnya.
Mulakan sandaran peranti anda ke Mac anda dengan serta-merta: Klik Sandarkan Sekarang. Selepas sandaran selesai, klik Urus Sandaran untuk melihat fail sandaran.
Secara pilihan, anda boleh memilih untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan dengan memilih kotak semak “Sulitkan sandaran setempat”.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik dalam bar sisi Finder.
Pulihkan peranti anda dari sandaran
Jika peranti anda menghadapi isu, anda boleh menggunakan sandaran terkini untuk memulihkan maklumat pada peranti.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Klik
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat artikel Sokongan Apple Jika komputer anda tidak mengecam iPhone atau iPad anda.
Dalam baris berdekatan bahagian atas, klik Umum.
Klik Pulihkan Sandaran.
Klik menu timbul Sandaran, pilih sandaran yang anda mahu pulihkan ke peranti, kemudian klik Pulihkan.
Jika sandaran anda disulitkan, anda mesti memasukkan kata laluan sebelum memulihkan fail dan seting anda.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik dalam bar sisi Finder.
Pulihkan peranti anda ke seting kilangnya
Anda boleh memasang perisian yang asalnya berada pada peranti anda dan memulihkannya ke seting kilangnya. Anda mungkin perlu melakukan ini jika anda menghadapi masalah dengan peranti (contohnya, ia membeku atau tergendala dengan kerap) atau jika anda bersedia untuk menjual atau memberikan peranti.
Penting: Memulihkan peranti ke seting kilangnya memadamkan semua maklumat dan seting anda. Semasa pemulihan, anda boleh memilih untuk menyandarkan peranti anda ke Mac anda. Anda boleh menggunakan sandaran ini untuk memulihkan maklumat dan seting anda pada peranti.
Nota: Anda mesti menyahaktifkan app Cari dalam seting iCloud pada peranti anda sebelum anda boleh memulihkan peranti anda.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Klik
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat artikel Sokongan Apple Jika komputer anda tidak mengecam iPhone atau iPad anda.
Dalam baris berdekatan bahagian atas, klik Umum.
Klik “Pulihkan [peranti]”, kemudian ikuti arahan atas skrin.