
Seting Wi-Fi pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Wi-Fi untuk menyediakan dan mengurus sambungan Wi-Fi anda.
Topik popular
Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan Wi-Fi
Tukar tertib perkhidmatan rangkaian yang Mac anda gunakan
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk membuka seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wi-Fi | Aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi. | ||||||||||
[nama rangkaian Wi-Fi] | Nama rangkaian yang disambungkan dan penunjuk status sambungan. | ||||||||||
Butiran | Lihat alamat IP dan penghala serta tukar seting untuk rangkaian. Lihat Seting butang Butiran di bawah. | ||||||||||
Hotspot Peribadi | Hotspot Peribadi yang tersedia. Bersambung ke Hotspot Peribadi: Alihkan penuding di atas Hotspot Peribadi yang anda mahu sertai, kemudian klik Sambung. | ||||||||||
Rangkaian Dikenali | Rangkaian dikenali yang tersedia. Rangkaian dikenali ialah rangkaian Wi-Fi yang anda bersambung sebelum ini. Bersambung ke rangkaian dikenali: Alihkan penuding di atas rangkaian dikenali yang anda mahu sertai, kemudian klik Sambung. Togol seting sertai automatik dengan cepat untuk rangkaian Wi-Fi dikenali: Klik Salin kata laluan rangkaian Wi-Fi dikenali: Klik Tukar seting untuk rangkaian Wi-Fi dikenali: Klik Keluarkan rangkaian Wi-Fi dikenali daripada senarai: Klik | ||||||||||
Rangkaian Lain | Rangkaian berdekatan yang tersedia. Ini ialah rangkaian yang anda belum bersambung sebelum ini. Sambung ke rangkaian dalam senarai: Alihkan penuding di atas rangkaian yang anda mahu sertai, klik Sambung, kemudian masukkan kata laluan untuk rangkaian. Sambung ke rangkaian yang tidak dalam senarai: Klik Lain di bahagian bawah senarai, kemudian masukkan nama rangkaian, jenis keselamatan dan kata laluan untuk rangkaian. | ||||||||||
Minta menyertai rangkaian | Terima pemberitahuan apabila rangkaian yang anda belum sertai sebelum ini tersedia. | ||||||||||
Minta untuk menyertai hotspot | Sertai Hotspot Peribadi yang tersedia secara automatik apabila tiada rangkaian Wi-Fi dikenali ditemui. | ||||||||||
Lanjutan | Setkan atau lihat maklumat Wi-Fi tambahan seperti senarai rangkaian Wi-Fi dikenali, keperluan untuk kebenaran pentadbir dan alamat MAC Wi-Fi. Lihat Seting butang Lanjutan di bawah. |
Seting butang Butiran
Klik Butiran untuk menukar atau melihat seting di bawah.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sertai rangkaian ini secara automatik | Bersambung ke rangkaian ditentukan secara automatik apabila tersedia. | ||||||||||
Alamat Wi‑Fi peribadi | Gunakan alamat Wi-Fi peribadi untuk membantu mengurangkan penjejakan Mac anda oleh pengendali rangkaian Wi‑Fi. Pilih salah satu pilihan ini:
| ||||||||||
Alamat Wi-Fi | Alamat Wi-Fi semasa. | ||||||||||
Mod data rendah | Kurangkan penggunaan data anda melalui rangkaian Wi-Fi. | ||||||||||
Mod 6E Wi-Fi | Pilih mod 6E Wi-Fi untuk rangkaian.
Seting ini hanya tersedia apabila anda menggunakan komputer yang menyokong 6E Wi-Fi dan rangkaian 6E Wi-Fi menggunakan nama rangkaian yang sama untuk semua jalur. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan rangkaian 6E Wi-Fi dengan peranti Apple. | ||||||||||
Hadkan penjejakan alamat IP | Sembunyikan alamat IP anda daripada penjejak yang diketahui dalam Mail dan Safari. Jika anda melanggan iCloud+ dan mengaktifkan Geganti Peribadi dalam seting iCloud, ia dinyahaktifkan apabila anda menyahpilih pilihan ini. | ||||||||||
Alamat IP | Alamat IP untuk sambungan Wi-Fi. | ||||||||||
Penghala | Alamat penghala untuk sambungan Wi-Fi. | ||||||||||
Lupakan Rangkaian Ini | Keluarkan rangkaian. | ||||||||||
TCP/IP | Konfigurasi IPv4 dan IPv6 atau perbaharui pajakan DHCP. Lihat Tukar seting TCP/IP. | ||||||||||
DNS | Konfigurasikan pelayan DNS dan domain carian. Lihat Tukar seting DNS. | ||||||||||
WINS | Konfigurasikan seting Perkhidmatan Nama Internet Windows (WINS). Lihat Tukar seting WINS. | ||||||||||
802.1X | Sambungkan ke rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X, lihat seting profil 802.1X dan dayakan sambungan automatik. Lihat Tukar seting 802.1X. | ||||||||||
Proksi | Konfigurasi proksi internet. Lihat Tukar seting proksi. | ||||||||||
Perkakasan | Konfigurasi seting perkakasan dan lihat alamat MAC perkakasan. Lihat Tukar seting Perkakasan. |
Seting butang Lanjutan
Klik Lanjutan untuk menukar atau melihat seting di bawah.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tukar rangkaian | Memerlukan kata laluan pentadbir untuk bertukar ke rangkaian Wi-Fi berbeza. | ||||||||||
Aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi | Memerlukan kata laluan pentadbir untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi. | ||||||||||
Tunjukkan rangkaian legasi dan pilihan | Paparkan rangkaian legasi. | ||||||||||
Alamat MAC Wi-Fi | Alamat kawalan akses media (MAC) untuk antara muka Wi-Fi komputer. | ||||||||||
Rangkaian Dikenali | Senarai rangkaian Wi-Fi yang anda sediakan.
|