Keutamaan Rangkaian Wi-Fi
Gunakan anak tetingkap Wi-Fi daripada keutamaan Rangkaian pada Mac anda untuk menyedia dan mengurus sambungan Wi-Fi anda.
Status | Paparkan sama ada anda telah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi. | ||||||||||
Nama Rangkaian | Pilih rangkaian dari menu timbul. Jika rangkaian dilindungi dengan kata laluan, anda akan diminta untuk masukkannya. | ||||||||||
Sertai rangkaian ini secara automatik | Pilih kotak semak ini jika anda mahu menyertai rangkaian yang ditentukan secara automatik. | ||||||||||
Minta untuk menyertai rangkaian baru | Pilih kotak semak ini jika anda mahu diberitahu apabila rangkaian anda belum lagi sertai tersedia. | ||||||||||
802.1X | Jika anda mempunyai profil dipasang untuk rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X, nama rangkaian dipaparkan. Klik Sambung untuk sertai rangkaian. | ||||||||||
Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu | Anda boleh menggunakan ikon status Wi-Fi untuk aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi, sertai rangkaian Wi-Fi, sertai rangkaian tersembunyi, cipta rangkaian atau buka keutamaan Rangkaian. | ||||||||||
Lanjutan | Klik Lanjutan untuk mengesetkan pilihan rangkaian, seperti seting TCP/IP, DNS, WINS, seting pelayan proksi dan selanjutnya. |