
Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive
Dengan iCloud Drive, anda boleh menyimpan semua jenis dokumen dengan selamat dalam iCloud dan mengaksesnya daripada semua komputer dan peranti iOS anda. Jika anda suka, anda boleh membuatkan semua fail dalam folder Desktop dan Dokumen disimpan secara automatik dalam iCloud Drive. Dengan cara itu, anda boleh menyimpan fail di tempat yang anda selalu menyimpannya dan ia tersedia pada semua komputer dan peranti iOS anda.
Anda juga boleh gunakan iCloud Drive pada iCloud.com daripada pelayar web pada Mac atau komputer Windows.
Untuk menyediakan iCloud Drive menggunakan peranti iOS, PC Windows, atau di iCloud.com, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan iCloud Drive.
Sediakan iCloud Drive
Jika anda belum sediakan iCloud Drive pada Mac ini, anda boleh melakukannya sekarang dalam keutamaan iCloud.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian pilih iCloud Drive.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika anda tidak mendaftar masuk ke iCloud, anda mesti menyediakan iCloud sebelum anda boleh pilih ciri iCloud Drive.
Pertama kali anda memilih ciri iCloud Drive pada sebarang peranti, anda diminta untuk menaik taraf. Apabila anda menaik taraf, dokumen dan data anda yang kini disimpan dalam iCloud dipindahkan ke iCloud Drive. Jika anda tidak diminta untuk menaik taraf, akaun anda telah dinaik taraf.
Penting: Selepas menaik taraf ke iCloud Drive, dokumen anda yang disimpan dalam iCloud Drive hanya tersedia pada komputer anda dan peranti iOS yang menepati keperluan sistem minimum dan iCloud Drive diaktifkan. Dokumen anda dalam iCloud Drive juga tersedia pada iCloud.com.
Anda boleh guna iCloud Drive pada komputer Mac (OS X v10.10 atau lebih baru), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baru) dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baru diperlukan). Komputer dan peranti anda mesti didaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama.
Jika anda mempunyai peranti dengan iCloud Drive dinyahaktifkan, dokumen dan data pada peranti itu tidak akan kekal terkini dengan dokumen dan data pada peranti anda yang mempunyai iCloud Drive diaktifkan.
Simpan folder Desktop dan Dokumen anda dalam iCloud Drive
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Pilihan bersebelahan iCloud Drive.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika anda tidak melihat Pilihan bersebelahan iCloud Drive, pastikan iCloud Drive diaktifkan.
Pilih Folder Desktop & Dokumen.
Selepas anda memilih Folder Desktop & Dokumen, folder Desktop & Dokumen anda dipindahkan ke iCloud Drive. Ia juga muncul dalam bahagian iCloud Drive dari bar sisi Finder.
Bekerja dengan fail dan folder dalam iCloud Drive
iCloud Drive muncul dalam bar sisi Finder, di mana anda boleh memilihnya untuk melihat kandungannya. Ia mengandungi folder dicipta untuk app yang menyokong iCloud Drive seperti Pratonton, TextEdit, Pages, Numbers dan Keynote secara automatik. Ia juga mengandungi folder yang anda cipta dan fail yang anda simpan atau alihkan ke iCloud Drive atau foldernya.
iCloud Drive juga mengandungi folder Desktop & Dokumen anda, jika anda pilih Folder Desktop & Dokumen dalam keutamaan iCloud.
Apabila iCloud Desktop dan Dokumen diaktifkan, folder dan fail anda mungkin muncul dengan penunjuk status bersebelahan nama folder atau fail dalam tetingkap Finder. Untuk maklumat lanjut, lihat Lihat fail, folder dan maklumat cakera.
Letakkan dokumen dalam folder app: Anda boleh seret dokumen ke dalam folder app dalam iCloud Drive dan mencipta folder di dalam folder tersebut, tetapi setiap folder app hanya boleh mengandungi dokumen yang boleh dibuka oleh app. Sebagai contoh, folder Pratonton boleh mengandungi PDF dan fail imej berlainan jenis tetapi bukan fail filem atau muzik.
Muat turun item yang disimpan hanya dalam iCloud Drive: Control-klik item yang anda mahu muat turun (ditandakan oleh ikon status Dalam iCloud
), kemudian pilih Muat Turun Sekarang.
Setelah item berada pada Mac, anda boleh bekerja dengannya tanpa sambungan Internet.
Alihkan item ke Mac anda dan alihkannya keluar dari iCloud Drive: Seret fail dan folder dari iCloud Drive ke folder yang bukan di dalam iCloud Drive, seperti muat Turun, Filem, Muzik dan Gambar. Item disalin ke Mac anda dan dikeluarkan daripada iCloud Drive pada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud. Jika anda mengubah fikiran, anda boleh menyeret item kembali ke iCloud Drive.
Item yang anda letak dalam folder Dokumen atau pada desktop anda disimpan dalam iCloud Drive, jika anda memilih Folder Desktop & Dokumen dalam keutamaan iCloud.
Anda juga boleh menggunakan iCloud Drive apabila anda menyimpan dokumen baharu atau membuka dokumen dalam app. Hanya klik iCloud Drive dalam bar sisi dialog Simpan atau dialog Buka yang muncul selepas anda memilih Fail > Simpan atau Fail > Buka.
Jika storan iCloud anda penuh
Jika anda tidak dapat mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive, ruang storan iCloud anda mungkin penuh. Dokumen yang disimpan kekal berada dalam Mac anda dan dimuat naik ke iCloud Drive apabila ruang tersedia.
iCloud Drive berkongsi storan iCloud anda dengan Pustaka Foto iCloud, sandaran peranti iOS, mesej dan lampiran dalam iCloud Mail (akaun e-mel @icloud.com anda) dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan lebih ruang, anda boleh menaik taraf storan anda. Anda boleh juga mengeluarkan item yang anda tidak perlu disimpan dalam iCloud Drive. Untuk maklumat lanjut, lihat Mengurus storan iCloud.