Main permainan pada Mac anda
Mudah untuk main permainan pada Mac anda. Apabila anda mendaftar masuk ke iCloud, akaun Game Center dicipta untuk anda (jika masih belum wujud).
Untuk bermain, buka permainan dengan cara yang sama anda buka sebarang aplikasi pada Mac anda, kemudian berseronoklah. Anda boleh bermain berseorangan dalam permainan seorang pemain atau main bersama orang lain dalam permainan berbilang pemain (masa nyata atau bergiliran). Jika permainan berbilang pemain menyokong sesi, dimana data permainan disimpan dalam iCloud, anda dan rakan anda boleh datang dan pergi dalam mana-mana permainan yang anda mahu.
Petua: Layari Mac App Store untuk mendapatkan permainan paling baru atau paling popular yang menyokong Game Center.
Sesuaikan akaun Game Center anda
Lihat akaun Game Center anda: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Buka keutamaan Akaun Internet untuk saya
Jika anda tidak melihat akaun anda, skrol ke bahagian bawah anak tetingkap di sebelah kanan, klik Tambah Akaun Lain, skrol ke bawah dan klik “akaun Game Center,” kemudian daftar masuk.
Keluarkan rakan: Semasa melihat akaun anda, pilih satu atau lebih pemain dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . Apabila anda mengeluarkan pemain daripada senarai, anda juga dikeluarkan daripada senarai mereka. Jika anda memainkannya lagi, anda ditambahkan ke senarai satu sama lain.
Ubah nama samaran permainan anda: Semasa melihat akaun anda, klik Butiran, klik Edit, kemudian tukar nama panggilan anda. Nama samaran mengenal pasti anda dalam permainan dan kelihatan untuk pemain lain.
Benarkan pemain berdekatan untuk menjemput anda ke permainan berbilang pemain: Semasa melihat akaun anda, klik Butiran, kemudian pilih Benarkan Berbilang Pemain Berdekatan. Jika anda tidak mahu dijumpai, nyahtandakan kotak semak.
Pemain berdekatan ialah mereka yang berada pada rangkaian Wi-Fi seperti anda, atau dalam julat Bluetooth.
Apabila anda mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama pada semua peranti Apple anda, akaun Game Center anda tersedia pada semua peranti.
Lihat statistik dan cabaran permainan
Kebanyakan permainan pemain berseorangan dan berbilang menunjukkan pencapaian dan papan juara supaya anda boleh jejak mata dan kedudukan anda dan membenarkan anda mencabar pemain lain untuk tandingi atau kalahkan statistik anda.
Dalam permainan, cari butang atau item menu untuk melihat dan berkongsi pencapaian, papan juara dan cabaran melalui e-mel, mesej, atau media sosial.
Bermain permainan berbilang pemain
Biarkan permainan mencari pemain lain: Jika permainan menyediakan Padanan Auto, klik Main Sekarang untuk membenarkan permainan mencari pemain lain untuk anda.
Bermain dengan pemain berdekatan: Jika permainan mengesan pemain berdekatan yang berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan anda, atau julat Bluetooth, ia akan menunjukkannya. Pilih pemain.
Jemput rakan untuk bermain: Dalam perlawanan, klik Jemput Rakan, kemudian pilih orang daripada kenalan, rakan, atau pemain berdekatan anda. Sesuaikan jemputan anda, jika anda mahu, kemudian klik Hantar. Anda boleh menghantar jemputan anda sebagai mesej, atau hantarnya ke nombor telefon menggunakan SMS.
Terima jemputan: Dalam pemberitahuan atau mesej, klik Terima. Permainan terbuka (jika anda mempunyainya) supaya anda boleh mula bermain. Jika anda tidak mempunyai permainan tersebut, App Store akan dibuka supaya anda boleh dapatkan permainan tersebut.
Anda boleh mengeluarkan rakan daripada senarai dalam akaun Game Center anda dalam Akaun Internet.
Nota: Jemputan untuk menyertai permainan atau isyarat yang giliran anda untuk bermain dalam permainan bergiliran mungkin tiba sebagai pemberitahuan pada Mac anda. Gunakan keutamaan Pemberitahuan untuk memastikan anda menerima pemberitahuan atau untuk hentikan atau jedakannya. Untuk maklumat lanjut, lihat Terima atau henti pemberitahuan.
Hos dan mainkan sesi
Sesi dalam permainan berdasarkan iCloud dimana sehingga 100 orang boleh bermain pada masa yang sama, malahan bentukkan pasukan untuk bertanding sesama mereka. Disebabkan data permainan disimpan dalam iCloud dan bukannya pada Mac, anda boleh datang dan pergi dalam permainan bila-bila masa yang anda mahu.
Anda mesti mendaftar masuk ke iCloud anda untuk hos dan mainkan sesi.
Hoskan sesi: Apabila anda menjemput rakan untuk bermain permainan yang menyokong sesi, data sesi permainan disimpan menggunakan storan iCloud anda.
Jemput rakan: Bergantung pada permainan, anda boleh menjemput orang dalam kenalan anda menggunakan cara berlainan, seperti mesej, e-mel, Twitter, atau Facebook.
Terima jemputan: Dalam pemberitahuan atau mesej, klik URL sesi untuk menerima jemputan. Permainan terbuka (jika anda mempunyainya) supaya anda boleh mula bermain. Jika anda tidak mempunyai permainan tersebut, App Store akan dibuka supaya anda boleh dapatkan permainan tersebut.
Hentikan sesi yang anda hoskan: Anda boleh hentikan sesi pada bila-bila masa; apabila anda lakukannya, data permainan dipadam daripada storan iCloud anda.
Jika sesi tidak aktif selama enam bulan, ia akan berakhir dan data permainan akan dipadam secara automatik.
Pentadbir Mac dapat mencegah pengguna lain Mac tersebut daripada menyertai permainan berbilang pemain. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan kawalan ibu bapa.
Perkhidmatan Game Center mungkin tidak tersedia di semua kawasan.