Selamat datang ke macOS

Mac anda menyertakan macOS, sistem pengendalian desktop paling maju di dunia. macOS menyertakan ciri dan app yang anda akan gunakan setiap hari dan ia membolehkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda bekerja bersama.

Komputer Mac menunjukkan app dibuka pada desktop.
Ikon Handoff app daripada Apple Watch di sebelah kiri Dock.

Bekerja dengan lancar merentasi semua peranti anda

Mac anda bekerja dengan peranti lain anda supaya anda tidak perlu mengganggu aliran hari anda. Sebagai contoh, Handoff membenarkan anda memulakan laporan pada iMac anda, meneruskannya pada iPad anda, kemudian menyelesaikannya di meja anda. Untuk menyemak jika Mac anda membenarkan Handoff, klik ikon Keutamaan Sistem dalam Dock, kemudian klik Umum. Ketahui lebih lanjut tentang Handoff.

Beberapa tetingkap app dibuka pada desktop.

Lakukan lebih banyak dengan app pada Mac anda

Mac anda datang dengan app yang menyeronokkan untuk melakukan perkara setiap hari—Safari untuk melayari web, Mesej untuk menghantar teks, Foto untuk berkongsi foto dan banyak lagi. Untuk membuka app, klik ikonnya dalam Dock. Untuk melihat semua app pada Mac anda, klik ikon Launchpad dalam Dock. Ketahui lebih lanjut tentang app Mac.

Tetingkap Spotlight menunjukkan hasil status penerbangan.

Cari dalam Mac anda dan disebaliknya

Lupa di mana anda menyimpan dokumen? Mahu menyemak senarai filem? Gunakan Spotlight untuk mencari app, foto dan fail lain pada Mac anda serta dapatkan status penerbangan, berita, sukan, cuaca dan banyak lagi daripada web. Spotlight juga boleh membuat pertukaran dan pengiraan. Untuk mencari, klik ikon Spotlight dalam bar menu dan mula menaip. Ketahui lebih lanjut tentang Spotlight.

App Mesej pada kedua dua Mac dan iPhone menunjukkan perbualan yang sama.

Lihat kandungan anda pada setiap peranti

Apabila anda menyimpan maklumat dan fail dalam iCloud, anda sentiasa boleh mengakses versi terkini pada sebarang peranti. Untuk menyediakan iCloud, klik ikon Keutamaan Sistem dalam Dock, klik iCloud, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda. Ketahui lebih lanjut tentang iCloud.

Contoh desktop dengan Dock ditempatkan di pinggir kiri skrin dan gambar desktop tersuai.

Jadikan Mac anda unik

Anda berbeza—Mac anda juga boleh. Gunakan foto kegemaran anda sebagai gambar desktop, alihkan Dock ke sisi atau ubah suara yang Siri gunakan. Untuk menerokai semua cara untuk menyesuaikan Mac anda, klik ikon Keutamaan Sistem dalam Dock. Ketahui lebih lanjut tentang Keutamaan Sistem.

Untuk lawatan ringkas macOS High Sierra, lihat Baru dalam macOS. Jika anda baru ke Mac, mulakan dengan Asas Mac.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.