
Gunakan menu Kongsi pada Mac
Menu Kongsi, tersedia dalam Finder dan dalam kebanyakan app dalam Mac anda, memberikan cara yang mudah untuk berkongsi item seperti dokumen, foto, e-mel, artikel sokongan dan banyak lagi. Hanya klik  , kemudian pilih cara untuk berkongsi item—sebagai contoh, menggunakan AirDrop atau app seperti Mail atau Mesej.
, kemudian pilih cara untuk berkongsi item—sebagai contoh, menggunakan AirDrop atau app seperti Mail atau Mesej. 

Kongsi item menggunakan menu Kongsi
- Dalam Finder atau app pada Mac anda, pilih satu atau lebih item, kemudian klik  dalam bar alat. dalam bar alat.- Jika item berada pada desktop, Control-klik padanya, kemudian pilih Kongsi dari menu pintasan. 
- Dalam menu Kongsi, pilih cara untuk berkongsi item. - Pilihan disenaraikan bergantung pada jenis item yang anda berkongsi. Sebagai contoh, apabila imej dalam app Foto dipilih, anda boleh memilih Setkan Hias Latar untuk mengesetkan imej sebagai gambar desktop anda. - Jika anda berkongsi fail .heic, anda boleh memilih untuk menyimpan format fail .heic atau membenarkan ia ditukar. Klik Pilihan, klik menu timbul Format, kemudian pilih perkara yang anda mahu benarkan: - Benarkan format terbaik untuk destinasi: Pilih Automatik. 
- Halang fail daripada ditukarkan kepada format lain: Pilih Semasa. 
- Benarkan foto dan video untuk ditukarkan kepada format .jpeg, .png dan H.264: Pilih Paling Serasi. 
 - Jika anda berkongsi dokumen yang dicipta dalam app yang menyokong kerjasama, anda boleh memilih Bekerjasama untuk menghantar jemputan bagi bekerjasama bersama-sama pada dokumen, atau Hantar Salinan untuk hanya menghantar dokumen. - Untuk menyesuaikan menu Kongsi, pilih Edit Sambungan. 
- Jika diminta, berikan maklumat tambahan untuk kaedah perkongsian yang anda pilih. 
Tukar item yang disertakan dalam menu Kongsi
- Pergi ke app Seting Sistem  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik Umum  dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
- Klik Item Log Masuk & Sambungan. 
- Pergi ke Sambungan, klik Mengikut Kategori, kemudian klik  di sebelah Perkongsian. di sebelah Perkongsian.
- Aktifkan sambungan perkongsian yang anda mahu masukkan dalam menu Kongsi; nyahaktifkan sambungan yang anda tidak mahu sertakan. 
- Klik Selesai. 
Jika sambungan diaktifkan, tetapi ia tidak ditunjukkan dalam menu Kongsi, maka apa-apa sahaja yang anda cuba kongsi tidak boleh dikongsi menggunakan sambungan tersebut. Contohnya, anda boleh berkongsi halaman web dalam Safari menggunakan AirDrop, tetapi anda tidak boleh berkongsi teks dipilih.