Gunakan menu Kongsi pada Mac
Menu Kongsi, tersedia dalam Finder dan dalam kebanyakan app dalam Mac anda, memberikan cara yang mudah untuk berkongsi item seperti dokumen, foto, e-mel, artikel sokongan dan banyak lagi. Hanya klik butang Kongsi , kemudian pilih cara untuk berkongsi item—sebagai contoh, menggunakan AirDrop atau app seperti Mail atau Mesej.
Kongsi item menggunakan menu Kongsi
Dalam Finder atau app pada Mac anda, pilih satu atau lebih item, kemudian klik butang Kongsi dalam bar alat.
Jika item berada pada desktop, Control-klik padanya, kemudian pilih Kongsi dari menu pintasan.
Dalam menu Kongsi, pilih cara untuk berkongsi item.
Pilihan disenaraikan bergantung pada jenis item yang anda berkongsi. Sebagai contoh, apabila imej dipilih, anda boleh memilih untuk mengesetkannya sebagai gambar desktop anda. Untuk menyesuaikan menu Kongsi dalam keutamaan Sambungan, pilih Lagi.
Jika diminta, berikan maklumat tambahan untuk kaedah perkongsian yang anda pilih.
Menyesuaikan menu Kongsi
Dalam Finder atau app pada Mac anda, klik butang Kongsi , kemudian pilih Lagi untuk membuka keutamaan Sambungan.
Anda boleh juga memilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sambungan .
Di sebelah kiri, klik Menu Kongsi, kemudian pilih sambungan perkongsian yang anda mahu masukkan dalam menu Kongsi; nyahpilih yang anda tidak mahu sertakan.
Jika sambungan dipilih dalam keutamaan Sambungan, tetapi ia tidak ditunjukkan dalam menu Kongsi, maka apa-apa sahaja yang anda cuba kongsi tidak boleh dikongsi menggunakan sambungan itu. Contohnya, anda boleh berkongsi halaman web dalam Safari menggunakan AirDrop, tetapi bukan teks dipilih.