Sediakan VLAN pada Mac
Rangkaian kawasan setempat maya (VLAN) ialah kaedah mencipta rangkaian maya bebas dalam rangkaian fizikal. Menggunakan VLAN boleh membantu anda dengan pentadbiran rangkaian dengan membenarkan anda mengasingkan segmen dari LAN (seperti jabatan dari syarikat) yang tidak sepatutnya menukar data menggunakan LAN.
VLAN diperbuat daripada komputer yang berperilaku seperti disambungkan kepada rangkaian yang sama, walaupun komputer tersebut disambungkan kepada rangkaian fizikal berlainan. Pentadbir Rangkaian boleh mengurus VLAN menggunakan perisian dan bukannya perkakasan.
Anda boleh menyediakan perkhidmatan VLAN menggunakan seting Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di sebelah kanan, skrol ke bawah tetingkap, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Urus Antara Muka Maya.
Klik butang Tambah , kemudian pilih VLAN Baharu.
Masukkan nama untuk perkhidmatan dalam medan Nama VLAN.
Masukkan nilai dalam medan Tag.
Klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih antara muka rangkaian.
Klik Cipta, kemudian klik Selesai.
Dalam senarai perkhidmatan rangkaian, klik VLAN yang anda baru cipta, klik Butiran, kemudian masukkan seting untuk perkhidmatan, seperti seting TCP/IP atau alamat pelayan DNS.