Sediakan VLAN pada Mac
Rangkaian kawasan setempat maya (VLAN) ialah kaedah mencipta rangkaian maya bebas dalam rangkaian fizikal. Menggunakan VLAN boleh membantu anda dengan pentadbiran rangkaian dengan membenarkan anda mengasingkan segmen dari LAN (seperti jabatan dari syarikat) yang tidak sepatutnya menukar data menggunakan LAN.
VLAN diperbuat daripada komputer yang berperilaku seperti disambungkan kepada rangkaian yang sama, walaupun komputer tersebut disambungkan kepada rangkaian fizikal berlainan. Pentadbir Rangkaian boleh mengurus VLAN menggunakan perisian dan bukannya perkakasan.
Anda boleh menyediakan perkhidmatan VLAN menggunakan keutamaan Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik menu timbul Tindakan di bawah senarai di sebelah kiri, kemudian pilih Urus Antara Muka Maya.
Klik butang Tambah , kemudian pilih VLAN Baru.
Berikan nama perkhidmatan, kemudian masukkan nilai dalam medan Tag.
Klik menu timbul Antara Muka, pilih antara muka rangkaian, klik Cipta, kemudian klik Selesai.
Pilih VLAN dalam senarai, klik Lanjutan, kemudian masukkan seting untuk perkhidmatan, seperti seting IP, alamat pelayan DNS, domain carian, seting pelayan proksi atau WINS atau seting TCP/IP.