Tukar pilihan WINS pada Mac
Perkhidmatan Penamaan Internet Windows (WINS) ialah sebahagian pelayan Microsoft Windows. Ia memetakan nama dan lokasi pelayan dengan alamat Protokol Internet (IP).
Jika rangkaian anda memerlukan anda menggunakan pelayan WINS, masukkan seting untuk pelayan dalam keutamaan Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu sediakan untuk menggunakan pelayan WINS, seperti Ethernet atau Wi-Fi.
Klik Lanjutan, kemudian klik WINS.
Masukkan nama NetBIOS yang anda terima daripada pentadbir rangkaian anda.
Klik menu timbul, kemudian pilih kumpulan kerja yang anda mahu gunakan.
Klik butang Tambah , kemudian masukkan alamat IP dari pelayan WINS. Semak dengan pentadbir rangkaian anda jika anda tidak tahu alamat itu.
Klik OK, kemudian klik Guna untuk menjadikan seting aktif bagi perkhidmatan rangkaian tersebut.
Anda boleh menggunakan pelayan WINS berlainan untuk perkhidmatan rangkaian berlainan yang anda guna.