Tukar seting Masa Skrin pada Mac
Gunakan seting Masa Skrin untuk melihat dan mengurus seting Masa Skrin setiap ahli keluarga, mengaktifkan atau menyahaktifkan Masa Skrin, mengesetkan kod laluan Masa Skrin dan banyak lagi.
Untuk mengakses seting ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilihan yang tersedia berbeza bergantung pada sama ada anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, sama ada anda mengaktifkan Aktiviti App & Tapak Web dan sama ada anda ialah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga.
Buka seting Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ahli Keluarga | Ahli keluarga yang anda mahu lihat dan urus seting Masa Skrin mereka. Pilihan ini hanya tersedia jika anda ialah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga. | ||||||||||
Aktiviti App & Tapak Web | Lihat carta yang menunjukkan penggunaan app. Anda boleh menyesuaikan carta untuk memaparkan statistik penggunaan untuk tempoh masa, app, kategori app, tapak web, atau peranti yang khusus. Lihat Lihat seting Aktiviti App & Tapak Web dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Pemberitahuan | Lihat carta yang menunjukkan jumlah anda menerima pemberitahuan. Anda boleh menyesuaikan carta untuk memaparkan bilangan pemberitahuan yang anda terima untuk tempoh masa, app, tapak web, atau peranti yang khusus. Lihat Lihat seting Pemberitahuan dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Skrin Aktif | Lihat carta yang menunjukkan jumlah anda membangunkan peranti anda untuk menggunakannya dan app pertama yang anda gunakan selepas membangunkannya. Anda boleh menyesuaikan carta untuk memaparkan bilangan skrin aktif yang anda terima untuk tempoh masa, app, tapak web, atau peranti yang khusus. Lihat Lihat seting Skrin Aktif dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Masa Henti | Jadualkan waktu rehat daripada skrin. Anda boleh menyediakan jadual masa henti yang sama untuk setiap hari, jadual berbeza untuk setiap hari dalam minggu, atau mengaktifkan masa henti serta-merta. Lihat Tukar seting Masa Henti dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Had App | Hadkan jumlah masa yang dihabiskan dalam app dan pada tapak web. Setkan had untuk app, kategori app dan tapak web khusus. Lihat Tukar seting Had App dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Sentiasa Dibenarkan | Tentukan app yang boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun semasa masa henti (contohnya, ketika kecemasan). Lihat Tukar seting Sentiasa Dibenarkan dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Jarak Skrin | Terima isyarat apabila anda memegang iPhone atau iPad dengan Face ID terlalu dekat untuk tempoh masa yang lama. Lihat Aktifkan Jarak Skrin dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Had Komunikasi | Uruskan kenalan dan hadkan orang yang boleh berkomunikasi semasa masa skrin dan masa henti. Lihat Tukar seting Had Komunikasi dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Keselamatan Komunikasi | Semak foto bogel yang dihantar atau diterima pada peranti anak anda dalam app Mesej (macOS 12.1 atau lebih baharu, iOS 15.2 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.2 atau lebih baharu; tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Tukar seting Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Kandungan & Privasi | Hadkan seting kandungan, pembelian, muat turun dan privasi. Lihat Tukar seting Kandungan & Privasi dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Permintaan | Balas permintaan untuk lebih masa skrin daripada ahli keluarga. Lihat Tukar seting Permintaan dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Kongsi merentas peranti | Sertakan masa yang diluangkan pada peranti lain anda yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dalam laporan Masa Skrin. Anda perlu mengaktifkan pilihan ini pada setiap peranti yang anda mahu sertakan dalam laporan Masa Skrin. Pilihan ini tersedia apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda. | ||||||||||
Sertakan Data Tapak Web | Sertakan data tapak web dalam laporan Masa Skrin. Pilihan ini tersedia apabila kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dipilih daripada menu timbul Ahli Keluarga di bahagian atas. | ||||||||||
Kunci Seting Masa Skrin | Perlukan kod laluan untuk menghalang perubahan yang tidak dibenarkan ke seting Masa Skrin dan membenarkan lebih masa apabila had tamat tempoh. Jika ahli keluarga mempunyai akaun pentadbir, anda digesa untuk menukarnya menjadi akaun standard. Lihat Tambah pengguna atau kumpulan. | ||||||||||
Aktiviti App & Tapak Web | Aktifkan atau nyahaktifkan pelaporan masa nyata, Masa Henti, Had App dan Sentiasa Dibenarkan. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak. | ||||||||||
Perkongsian Keluarga Masa Skrin | Klik Sediakan untuk menyediakan Perkongsian Keluarga atau menyahaktifkannya untuk berhenti berkongsi Masa Skrin anak anda. Pilihan ini tersedia jika anda belum lagi menyediakannya atau apabila kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dipilih daripada menu timbul Ahli Keluarga di bahagian atas. |