Tukar keutamaan Pilihan Masa Skrin pada Mac
Gunakan anak tetingkap Pilihan pada keutamaan Masa Skrin untuk memilih pilihan dan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Masa Skrin.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Masa Skrin , kemudian pilih Pilihan dalam bar sisi.
Pilihan tersedia bergantung pada jenis akaun pengguna, sama ada anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan sama ada anda menyediakan Masa Skrin untuk kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga.
Buka keutamaan Pilihan Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa Skrin | Aktifkan atau nyahaktifkan Masa Skrin:
| ||||||||||
Kongsi merentas peranti | Sertakan masa yang diluangkan pada peranti lain anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama dalam laporan Masa Skrin. Anda perlu memilih pilihan ini pada setiap peranti yang anda mahu sertakan dalam laporan Masa Skrin. Pilihan ini tersedia apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda. | ||||||||||
Sertakan Data Tapak Web | Sertakan data tapak web dalam laporan Masa Skrin. Pilihan ini tersedia apabila kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dipilih dalam bar sisi Masa Skrin. | ||||||||||
Gunakan Kod Laluan Masa Skrin | Perlukan kod laluan untuk menghalang perubahan yang tidak dibenarkan ke seting Masa Skrin dan membenarkan lebih masa apabila had tamat tempoh. Anda tidak boleh menggunakan pilihan ini untuk orang yang mempunyai akaun pada Mac. | ||||||||||
Sediakan Perkongsian Keluarga | Sediakan Perkongsian Keluarga. Pilihan ini tersedia jika anda belum menyediakannya. |