Benarkan app mengautomasikan dan mengawal app lain
Sesetengah app dan tapak web boleh mengautomasikan dan mengawal app lain pada Mac anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mengakses app Peringatan untuk membantu anda menyediakan peringatan tentang peristiwa kalendar. Lihat Benarkan app untuk mengawal app lain.
Untuk membenarkan app atau tapak web mengautomasikan atau mengawal app lain pada Mac anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan app untuk mengawal app lain, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk mengautomasikan atau mengawal app lain, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh mengautomasikan dan mengawal app lain dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Automasi di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)