Benarkan app mengautomasikan dan mengawal app lain
Sesetengah app dan tapak web boleh mengautomasikan dan mengawal app lain pada Mac anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mengakses app Peringatan untuk membantu anda menyediakan peringatan tentang peristiwa kalendar. Lihat Benarkan app untuk mengawal app lain.
Untuk membenarkan app atau tapak web mengautomasikan atau mengawal app lain pada Mac anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan app untuk mengawal app lain, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk mengautomasikan atau mengawal app lain, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya