Tukar keutamaan Privasi pada Mac
Gunakan anak tetingkap Privasi dari keutamaan Keselamatan & Privasi untuk mengurus maklumat yang Mac anda jadikan tersedia kepada orang lain pada internet atau rangkaian.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Perkhidmatan Lokasi | Apabila anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda membenarkan app, perkhidmatan sistem dan tapak web untuk menggunakan lokasi semasa Mac anda untuk memberikan maklumat, perkhidmatan dan ciri-ciri yang sesuai di mana anda berada. Untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda, klik butang Butiran di bahagian bawah senarai pada sebelah kanan. Untuk membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Siri dan Cadangan Safari, pilih Cadangan Berdasarkan Lokasi. |
Kenalan | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada kenalan anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. |
Kalendar | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada kalendar anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. |
Peringatan | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada peringatan anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. |
Foto | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada foto anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. Nota: Jika anda mempunyai item yang disimpan di luar Pustaka Foto, app lain mungkin masih mempunyai akses ke item. |
Kamera | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada kamera pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal kamera anda. |
Mikrofon | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada mikrofon pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal mikrofon anda. |
Pengecaman Pertuturan | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada pengecaman pertuturan pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses pengecaman pertuturan. |
Kebolehcapaian | Menunjukkan app yang menjalankan skrip dan arahan sistem untuk kawal Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal Mac anda. Untuk menambah app, klik butang Tambah , pilih app dalam senarai, kemudian klik Buka. |
Pemantauan Input | Menunjukkan app yang telah meminta untuk memantau input daripada papan kekunci, tetikus, atau trackpad anda, walaupun semasa menggunakan app lain. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada memantau peranti input anda. Untuk menambah app, klik butang Tambah , pilih app dalam senarai, kemudian klik Buka. |
Akses Cakera Penuh | Menunjukkan app yang boleh mengakses semua fail pada komputer anda, termasuklah data daripada app lain (sebagai contoh, Mail, Mesej, Safari dan Rumah), data daripada sandaran Time Machine dan seting pentadbiran tertentu untuk semua pengguna pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mendapat akses ke fail anda. Untuk menambah app, klik butang Tambah , pilih app dalam senarai, kemudian klik Buka. |
Fail dan Folder | Menunjukkan app yang boleh mengakses fail dan folder di lokasi yang berlainan pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses fail dan folder. |
Rakaman Skrin | Menunjukkan app yang telah meminta akses untuk merakam kandungan skrin anda pada Mac. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada merakam skrin anda. Untuk menambah app, klik butang Tambah , pilih app dalam senarai, kemudian klik Buka. |
Media & Apple Music | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada Apple Music, aktiviti muzik dan video anda serta pustaka media anda pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada merakam skrin anda. |
HomeKit | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada data rumah anda pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada merakam skrin anda. |
Bluetooth | Menunjukkan app yang telah meminta penggunaan Bluetooth pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada merakam skrin anda. Untuk menambah app, klik butang Tambah , pilih app dalam senarai, kemudian klik Buka. |
Automasi | Menunjukkan app yang boleh mengakses dan mengawal app lain pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal app lain. |
Analitis & Peningkatan | Untuk membantu Apple dan pembangun lain memberi khidmat kepada pelanggan yang lebih baik dan memperbaiki kualiti produk mereka, anda boleh memilih untuk menghantar maklumat analitis ke Apple dan pembangun app.
Lihat Kongsi maklumat analitis daripada Mac anda dengan Apple dan Tukar keutamaan Siri pada Mac. |
Pengiklanan Apple | Anda mungkin kadangkala menerima iklan dalam Apple News, Saham dan pada Mac App Store yang menyasarkan minat anda. Untuk memahami sebab iklan tertentu ditunjukkan kepada anda, klik butang Iklan pada iklan. Anda boleh menyahdayakan Iklan Peribadi untuk menghalang Apple daripada menggunakan maklumat anda bagi penyasaran iklan. Ini mungkin tidak mengurangkan bilangan iklan yang anda terima, tetapi iklan mungkin kurang berkaitan untuk anda. Anda boleh menyahdayakan Iklan Diperibadikan dengan pergi ke Keutamaan Sistem > Keselamatan & Privasi > Privasi, pilih Pengiklanan Apple dan nyahpilih Iklan Diperibadikan. Untuk menyemak dasar Pengiklanan dan Privasi Apple, klik Perihal Pengiklanan dan Privasi. |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi dalam macOS, lihat Kawal privasi anda.