Cas Magic Keyboard, Magic Mouse 2 atau Magic Trackpad 2 dengan Mac
Apabila anda menyambung Apple Magic Keyboard, Magic Mouse 2, atau Magic Trackpad 2 anda ke Mac anda, ia mengecas secara automatik.
Sambung hujung Lightning Kabel USB-C ke Lightning atau Kabel Lightning ke USB ke papan kekunci, tetikus atau trackpad anda dan hujung lain ke port USB-C pada Mac anda.
Nota: Bergantung pada Mac, anda mungkin memerlukan penyesuai, yang tersedia daripada Apple Store atau di apple.com.
Apabila papan kekunci, tetikus atau trackpad anda dicas, anda menerima pemberitahuan pada skrin atau paparan bahawa anda boleh memutuskan sambungan kabel dan menggunakan peranti anda secara wayarles.
Nota: Anda mesti memutuskan sambungan Magic Mouse 2 anda untuk menggunakannya dengan Mac anda. Anda boleh menggunakan Magic Keyboard atau Magic Trackpad 2 anda walaupun semasa disambungkan dengan Mac anda.
Jika anda tidak akan menggunakan papan kekunci, tetikus atau trackpad anda untuk tempoh masa berpanjangan, nyahaktifkannya untuk memaksimumkan hayat bateri. Untuk menyahaktikannya, gunakan suis aktif/tak aktif.