Cas Magic Keyboard, Magic Mouse 2 atau Magic Trackpad 2 dengan Mac
Apabila anda menyambung Apple Magic Keyboard, Magic Mouse 2, atau Magic Trackpad 2 anda ke Mac anda, ia mengecas secara automatik.
Sambung satu hujung Kabel Lightning ke USB ke Magic Keyboard, Magic Mouse 2 atau Magic Trackpad 2 anda dan hujung lain ke port USB pada Mac anda. Bergantung pada Mac anda, anda mungkin memerlukan penyesuai, yang tersedia daripada Apple Store atau pada apple.com.
Anda boleh menggunakan Magic Keyboard atau Magic Trackpad 2 semasa ia bersambung ke Mac anda, tetapi anda tidak boleh menggunakan Magic Mouse 2 semasa bersambung ke kabel pengecas.
Apabila papan kekunci, tetikus atau trackpad anda dicas, anda menerima pemberitahuan pada skrin atau paparan bahawa anda boleh memutuskan sambungan kabel dan menggunakan peranti anda secara wayarles.