
Gunakan Siri pada Mac anda
Siri pada Mac anda boleh membantu anda dengan tugasan setiap hari, mendapatkan jawapan dan maklumat cepat, memainkan muzik dan banyak lagi. Anda boleh minta Siri apa sahaja—daripada “Sediakan mesyuarat pada pukul 9” ke “Apa mata untuk perlawanan malam semalam?” hingga ke “Mainkan muzik merdu”. Siri di sini untuk membantu.
Siri boleh membuat cadangan dalam sesetengah app walaupun sebelum anda minta. Sebagai contoh, apabila anda menerima jemputan dalam Mail atau menempah penerbangan dalam Safari, Siri mencadangkan untuk menambahnya pada kalendar anda. Atau, apabila anda melayari halaman web, Siri boleh mencadangkan halaman web yang berkaitan.

Minta Siri
Untuk meminta Siri pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Klik ikon Siri
dalam bar menu atau dalam Dock (atau gunakan Touch Bar).
Jika Mac anda menyokongnya, sebut “Hai Siri.” Komputer mudah alih anda mesti dibuka untuk menggunakan Hai Siri.
Jika Siri tidak bertindak balas, buka keutamaan Siri dan pastikan Dengar untuk “Hai Siri” diaktifkan. Anda juga boleh menggunakan Hai Siri apabila Mac disokong anda dikunci atau dalam tidur.
Jika AirPods anda yang disambungkan menyokongnya, sebut “Hai Siri”.
Jika Siri tidak bertindak balas, buka keutamaan Siri dan pastikan Dengar untuk “Hai Siri” pada AirPods diaktifkan. Anda juga boleh menggunakan Hai Siri apabila Mac anda dikunci.
Petua: Siri tahu nama anda daripada kad kenalan anda (juga dipanggil kad saya anda) dalam app Kenalan. Jika anda menambah nama panggilan pada kad anda, Siri menggunakannya. Cuba dengan bertanya “Apakah nama saya?”
Cara untuk menggunakan Siri
Anda boleh menggunakan Siri untuk mendapatkan jawapan cepat (cakap sesuatu seperti “Apakah cuaca esok?”) atau lakukan tugas untuk anda, seperti menghantar e-mel.

Pada Mac anda, tanya Siri soalan atau lakukan tugas untuk anda.
Berikut adalah beberapa contoh:
Cakap sesuatu seperti
Perihalan
“Buka Nota.”
Siri membuka app Nota untuk anda dengan serta-merta.
“Tunjukkan kata laluan saya”
Siri membuka anak tetingkap Kata Laluan dalam Safari pada Mac anda.
“Cipta nota” dan kemudian rencanakan apa yang anda mahu tulis.
Biarkan Siri menulis nota atau e-mel untuk anda.
“Cipta mesyuarat untuk 3 petang hari ini.”
Biarkan Siri menyediakan mesyuarat untuk anda.
“Mainkan senarai main lagu gembira.”
Apabila anda mendengar Apple Music, Siri mempelajari pilihan muzik anda dan boleh mengesyorkan lagu atau memainkan senarai main.
“Mainkan lagu teratas dari Mac 1991.”
Siri boleh memberitahu anda tentang lagu, album dan artis, atau membaca nota album untuk item dalam pustaka muzik anda.
“Di manakah kedai runcit terdekat?” atau “Apakah cuaca hari ini?”
Apabila Perkhidmatan Lokasi didayakan dalam keutamaan Privasi, Siri boleh memberikan anda maklumat berdasarkan pada lokasi semasa anda atau menyertakan peta untuk memberikan anda lebih butiran.
“Cari fail yang saya cipta minggu lepas yang mengandungi perkataan ‘persidangan’.”
Anda boleh lengkapkan carian teguh untuk fail—hanya minta Siri untuk mencari fail yang dicipta pada masa tertentu atau yang mengandungi teks tertentu.
“Tingkatkan kecerahan skrin saya” atau “Buka keutamaan Night Shift.”
Siri boleh menukar sesetengah keutamaan atau membuka anak tetingkap keutamaan untuk anda secara automatik.
“Cari AirPods saya” atau “Ping iPhone saya.”
Siri boleh membantu anda mencari peranti anda menggunakan Cari iPhone Saya.
Petua: Minta Siri “Apa yang anda boleh lakukan?” atau klik butang Bantuan dalam tetingkap Siri untuk lebih banyak idea tentang cara Siri boleh membantu anda.
Jika anda mahu menaip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya, anda boleh aktifkan Taip ke Siri. Lihat Tukar keutamaan Siri Kebolehcapaian.
Jika tetingkap Siri tidak tutup secara automatik, anda boleh menutupnya sendiri—hanya leret ke kanan pada trackpad anda atau klik butang Tutup .
Gunakan hasil Siri
Anda boleh menyimpan hasil Siri dengan mudah dalam Pusat Pemberitahuan atau gunakannya dalam e-mel atau dokumen.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Pinkan hasil ke Pusat Pemberitahuan: Jika anda melihat butang Tambah
di penjuru kanan atas hasil, klik untuk menambah hasil ke paparan Hari Ini dalam Pusat Pemberitahuan.
Hasil kekal dipinkan dan akan kekal dikemas kini sehingga anda mengeluarkannya. Anda boleh pinkan banyak jenis hasil, seperti harga saham, jadual sukan dan banyak lagi.
Buka hasil: Dwiklik halaman web untuk membukanya dalam Safari, atau dwiklik fail atau dokumen untuk membukanya dalam app bersesuaian pada Mac anda. Anda juga boleh klik paksa hasil untuk pratontonnya dalam tetingkap Lihat Cepat.
Guna atau simpan hasil: Seret dan lepas untuk menambah imej atau lokasi ke dalam e-mel atau dokumen atau ke desktop. (Anda juga boleh menyalin atau menampal teks.)
Selesaikan Masalah Siri
Jika anda menghadapi masalah menggunakan Siri, cuba penyelesaian ini:
Pastikan Mac anda disambungkan ke Internet. Pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pastikan Siri diaktifkan. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Siri, kemudian pilih Dayakan Minta Siri.
Pastikan Mac anda mempunyai mikrofon dan ia tidak terhalang oleh pakaian atau tubuh anda atau objek lain.
Jika anda menggunakan mikrofon luaran, periksa agar ia disambungkan ke Mac anda, dipilih di bawah Input dalam keutamaan Bunyi dan kelantangan input mikrofon disetkan tinggi secukupnya.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, klik Input, kemudian seret gelangsar "Kelantangan input".
Jika anda menggunakan AirPods yang menyokong Hai Siri, pastikan ia disambungkan dengan Mac anda. Lihat Sambungkan peranti Bluetooth dengan Mac anda dan artikel Sokongan Apple Sambungkan dan gunakan AirPods anda.
Anda boleh menyesuaikan Siri—sebagai contoh, tukar suara yang Siri gunakan atau bahasa yang Siri sebutkan. Lihat Tukar keutamaan Siri.
Siri menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk membekalkan maklumat, perkhidmatan dan ciri yang sesuai di mana anda berada. Anda boleh menukar seting yang membenarkan Siri melakukannya. Lihat Uruskan app yang mana boleh mengesan lokasi Mac anda.