Lakukan lebih lagi pada desktop
Dengan macOS, anda boleh menyusun dan menyesuaikan desktop anda dengan mudah—dan lakukan kerja dengan tanpa perlu membuka app.
Keluarga didahulukan
Dengan macOS dan iCloud, keluarga anda boleh berkongsi pembelian—seperti muzik atau buku—berseronok, menjadi produktif dan kekal bersambung, di mana-mana sahaja mereka berada.
App untuk semua yang anda mahu lakukan
Mac anda disertakan dengan app terbina dalam yang membenarkan anda melakukan perkara yang menakjubkan—dan anda boleh mencari lebih banyak app yang hebat dalam Mac App Store.
Lindungi data anda dan Mac anda
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan data anda. Mac anda memberikan anda alat untuk melindungi data tersebut dan memastikan Mac anda lebih selamat.
Untuk melayari Panduan Pengguna macOS, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.