Kawal akses ke kamera pada Mac
Sesetengah app yang anda pasang boleh menggunakan kamera pada Mac anda untuk mengambil foto dan video. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan kamera.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kamera.
Jika anda tidak melihat Kamera, naik taraf ke macOS Mojave atau lebih baharu.
Aktifkan atau nyahaktifkan akses ke kamera untuk setiap app dalam senarai.
Senarai menunjukkan app yang anda telah pasang yang meminta untuk menggunakan kamera.
Jika tiada app dalam senarai, anda belum memasang app yang menggunakan kamera. FaceTime, Photo Booth dan app lain yang datang dengan Mac anda mempunyai akses secara automatik—anda tidak perlu memberi keizinan kepadanya.
Nota: Kamera diaktifkan secara automatik apabila anda membuka app yang boleh menggunakan kamera. Lampu hijau di sebelah kamera menyala untuk menunjukkan yang kamera aktif. Kamera (dan lampu hijau) dinyahaktifkan apabila anda menutup atau keluar daripada semua app yang menggunakan kamera.
Dalam Safari, untuk membenarkan tapak web menggunakan kamera, pilih Safari > Seting, klik Tapak Web, kemudian pilih Kamera.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan kamera, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.