Kawal akses ke kamera anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kamera anda untuk mengambil foto atau video. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan kamera pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Kamera.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya mengakses kamera anda. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app cuba untuk menggunakan kamera anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan kamera, anda akan tertakluk pada syarat dan dasar privasi mereka dan bukan Dasar Privasi Apple. Anda seharusnya menyemak semula syarat dan dasar privasi mereka untuk memahami cara mereka mengendalikan dan menggunakan maklumat anda. Lihat Dasar Privasi Apple.