Tukar kelakuan kekunci pengubah suai pada Mac
Anda boleh menukar tindakan yang kekunci pengubah suai, seperti Control atau Option, laksanakan apabila anda menekannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Pintasan Papan Kekunci di sebelah kanan, kemudian pilih Kekunci Pengubah Suai dalam senarai di sebelah kiri.
Untuk setiap pengubah suai yang tindakannya anda mahu tukar, klik menu timbul, kemudian pilih tindakan yang anda mahu dilaksanakan apabila anda menekan kekunci, atau pilih Tiada Tindakan.
Sebagai contoh, jika anda biasa dengan papan kekunci yang mempunyai kekunci Control di tempat kekunci Caps Lock terletak pada papan kekunci Apple, anda boleh klik menu timbul Caps Lock, kemudian pilih Control untuk menjadikan tindakan tersebut dilaksanakan pada bila-bila masa anda menekan kekunci Caps Lock.
Untuk mengembalikan kekunci kepada seting asalnya, klik Pulihkan Lalai.