Tukar kelakuan kekunci pengubah suai pada Mac
Anda boleh menukar kelakuan kekunci pengubah suai berikut: Caps Lock, Control, Option dan Command.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci.
Klik Kekunci Pengubah suai, klik menu timbul untuk setiap kekunci pengubah suai yang anda mahu tukar, kemudian pilih tindakan.
Untuk mengembalikan kekunci kepada seting asalnya, klik Pulihkan Lalai.
Pada macOS 10.13 dan lebih baru, anda juga boleh menukar kelakuan kekunci Fungsi pada papan Kekunci yang mempunyai kekunci Fn—kecuali papan kekunci dengan Touch Bar. Ini adalah berguna jika anda biasa dengan tataletak papan kekunci yang berlainan daripada papan kekunci semasa anda.
Contohnya, kekunci Control pada papan kekunci komputer UNIX berada di tempat kekunci Caps Lock pada papan kekunci Apple. Untuk jurutaip sentuh yang berpengalaman, tindakan ini agak janggal. Mengubah perilaku kekunci Caps Lock kepada Control akan menyelesaikan masalah ini.