Tukar seting Kebolehcapaian pada Mac
Jika anda mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, mobiliti atau pertuturan, cuba pelbagai seting Kebolehcapaian pada Mac anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Kebolehcapaian untuk saya
Seting | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
VoiceOver | Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver—pembaca skrin terbina dalam yang menerangkan dengan lantang kandungan yang kelihatan pada skrin anda—membuka Utiliti VoiceOver, atau memulakan tutorial VoiceOver. Lihat Seting VoiceOver. | ||||||||||
Zum | Jadikan item pada skrin lebih besar dan mudah untuk dilihat dengan mengezum seluruh skrin atau sebahagian kawasan skrin, atau dengan menggunakan Teks Terapung. Jika anda menggunakan paparan kedua, setkan zum untuknya secara berasingan. Lihat Seting Zum untuk kebolehcapaian. | ||||||||||
Paparan | Jadikan item pada skrin (termasuk penuding) lebih mudah dilihat, jadikan teks lebih besar, kurangkan pergerakan atas skrin, gunakan penapis atau tinta warna pada skrin dan banyak lagi. Lihat Seting Paparan untuk kebolehcapaian. | ||||||||||
Kandungan Dituturkan | Sesuaikan suara sistem, dengar apabila isyarat atau app memerlukan perhatian anda, jadikan teks dipilih disebutkan apabila anda menekan kekunci yang ditetapkan, atau jadikan item di bawah penuding atau teks yang anda taip disebutkan. Lihat Seting Kandungan Dituturkan. | ||||||||||
Perihalan | Mendengar perihalan kandungan visual dalam filem, rancangan TV dan media lain, jika perihalan tersedia. Lihat Seting Perihalan. | ||||||||||
Peranti Pendengaran | Pasangkan peranti pendengaran Made for iPhone (MFi) pada Mac anda dan laraskan setingnya. Lihat seting Peranti Pendengaran. Nota: Peranti pendengaran Made for iPhone hanya boleh dipasangkan dengan komputer Mac terpilih dengan cip M1 dan semua komputer Mac dengan cip M2 atau M3. Untuk senarai peranti pendengaran yang disokong dan mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan sistem Mac, lihat artikel Sokongan Apple Senarai peranti pendengaran Made for iPhone. | ||||||||||
Audio | Jadikan skrin berkelip apabila isyarat berlaku, mainkan audio stereo sebagai mono, jadikan Audio Ruang (jika tersedia) mengikuti pergerakan kepala anda, setkan pilihan kebolehcapaian untuk bud telinga dan fon telinga Apple yang dipasangkan dengan Mac anda, serta mainkan bunyi latar belakang. Lihat Seting Audio. | ||||||||||
RTT | Setkan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan Teks Masa Nyata (RTT). Lihat Seting RTT. Nota: Seting ini hanya ditunjukkan apabila anda telah menyediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan Wi-Fi dan panggilan telefon RTT didayakan pada iPhone anda. Panggilan Wi-Fi dan RTT tidak tersedia di semua negara atau rantau, atau disokong oleh semua pembawa. | ||||||||||
Kapsyen | Kawal cara sari kata digayakan dan sama ada menggunakan kapsyen tertutup dan bukannya SDH, apabila ia tersedia. Lihat Seting Kapsyen. | ||||||||||
Kapsyen Langsung | Aktifkan atau nyahaktifkan Kapsyen Langsung, mengawal cara kapsyen digayakan dan mengaktifkan atau menyahaktifkannya dalam FaceTime. Lihat Seting Kapsyen Langsung. Nota: Kapsyen Langsung kini dalam beta. Kapsyen Langsung hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa, negara atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza dan tidak seharusnya diharapkan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan. | ||||||||||
Kawalan Suara | Kawal Mac dan app anda menggunakan suara anda dengan menyebut perintah standard atau perintah yang anda cipta. Lihat Seting Kawalan Suara. | ||||||||||
Papan Kekunci | Gunakan Akses Papan Kekunci Penuh untuk menavigasi elemen UI pada Mac anda menggunakan kekunci Tab dan kekunci lain; masukkan pengubah suai dengan lebih mudah menggunakan Kekunci Lekat, atau menghalang ketukan kekunci tidak sengaja menggunakan Kekunci Perlahan; atau mengaktifkan Papan Kekunci Kebolehcapaian sebagai alternatif kepada papan kekunci fizikal dan gunakan pilihan Inap untuk mengawal penuding dengan peranti penjejakan. Lihat Seting Papan Kekunci untuk kebolehcapaian. | ||||||||||
Kawalan Penuding | Jadikan tetikus atau trackpad anda lebih mudah digunakan; gerakkan penuding menggunakan papan kekunci atau pad kekunci angka; gunakan kekunci papan kekunci, suis bantuan, atau riak muka untuk melaksanakan tindakan tetikus tertentu; atau gerakkan penuding menggunakan penuding kepala. Lihat Seting Kawalan Penuding. | ||||||||||
Kawalan Suis | Aktifkan dan setkan pilihan untuk Kawalan Suis supaya anda boleh menggunakan aksesori adaptif bagi menavigasi dan berinteraksi dengan Mac anda. Lihat Seting Kawalan Suis. | ||||||||||
Pertuturan Langsung | Aktifkan Pertuturan Langsung untuk menjadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang menggunakan pertuturan disintesiskan, menambah frasa yang biasa anda gunakan dan banyak lagi. Lihat Seting Pertuturan Langsung. | ||||||||||
Suara Peribadi | Gunakan Suara Peribadi untuk mencipta suara disintesiskan yang kedengaran seperti anda dan gunakannya dengan Pertuturan Langsung, dalam app dan merentas peranti anda. Lihat Seting Suara Peribadi. Nota: Suara Peribadi hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa. Suara Peribadi hanya boleh digunakan dengan Pertuturan Langsung dan dengan app pihak ketiga yang anda benarkan, seperti app Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC). Anda boleh menggunakan Suara Peribadi hanya untuk mencipta suara yang kedengaran seperti anda pada peranti, menggunakan suara anda sendiri dan untuk penggunaan peribadi anda sendiri yang bukan komersial. | ||||||||||
Siri | Taip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya. Lihat Seting Siri untuk kebolehcapaian. | ||||||||||
Pintasan | Pilih item untuk disertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Lihat Seting Pintasan untuk kebolehcapaian. |
Seting Sistem lain, seperti Paparan, Bunyi, Papan Kekunci, Trackpad dan Tetikus, menawarkan pilihan tambahan yang boleh membantu anda.