Setkan keutamaan Kebolehcapaian pada Mac
Jika anda mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, atau mobiliti, cuba pelbagai keutamaan Kebolehcapaian pada Mac anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian .
Buka keutamaan Kebolehcapaian untuk saya
Keutamaan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
VoiceOver | Aktifkan, atau nyahaktifkan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam yang menerangkan dengan kuat apa yang muncul pada skrin anda, membuka Utiliti VoiceOver, atau memmulakan tutorial VoiceOver. Lihat keutamaan VoiceOver. | ||||||||||
Zum | Jadikan item pada skrin lebih besar dan mudah untuk dilihat dengan mengezum seluruh skrin atau sebahagian kawasan skrin, atau dengan menggunakan Teks Terapung. Jika anda menggunakan paparan kedua, setkan zum untuknya secara berasingan. Lihat keutamaan Zum. | ||||||||||
Paparan | Ubah suai paparan skrin dengan menyongsangkan warna, mengurangkan pergerakan item, menukar kontras, mengurangkan kesan lut sinar pada sesetengah latar belakang, menggunakan bentuk berbanding warna untuk membezakan item, menunjukkan ikon dalam bar tajuk tetingkap dan menggariskan butang bar alat Lihat keutamaan Paparan. Jadikan penuding lebih besar buat sementara, atau tukar saiz atau warnanya. Lihat Keutamaan Penuding. Gunakan penapis warna (seperti penapis merah/hijau untuk protanopia) atau tinta warna pada skrin. Lihat keutamaan Penapis Warna. | ||||||||||
Kandungan Dituturkan | Sesuaikan suara sistem, dengar apabila isyarat atau app memerlukan perhatian anda, jadikan teks dipilih disebutkan apabila anda menekan kekunci yang ditetapkan, atau jadikan item di bawah penuding atau teks yang anda taip disebutkan. Lihat Keutamaan Kandungan Dituturkan. | ||||||||||
Perihalan | Mendengar perihalan kandungan visual dalam filem, rancangan TV dan media lain, jika perihalan tersedia. Lihat keutamaan Perihalan. | ||||||||||
Audio | Jadikan skrin berkelip apabila isyarat berlaku, mainkan audio stereo sebagai mono dan jadikan Audio Ruang (jika tersedia) mengikut pergerakan kepala anda. Lihat keutamaan Audio. | ||||||||||
Kapsyen | Kawal cara sari kata digayakan dan sama ada menggunakan kapsyen tertutup dan bukannya SDH, apabila ia tersedia. Lihat keutamaan Kapsyen. | ||||||||||
RTT | Setkan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan Teks Masa Nyata (RTT). Lihat keutamaan RTT. Nota: Keutamaan ini hanya ditunjukkan apabila anda telah menyediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan Wi-Fi dan panggilan telefon RTT didayakan pada iPhone anda. RTT tidak tersedia di semua negara atau rantau, atau disokong oleh semua pembawa. | ||||||||||
Kawalan Suara | Kawal Mac dan app anda menggunakan suara anda dengan menyebut perintah standard atau perintah yang anda cipta. Lihat keutamaan Kawalan Suara. | ||||||||||
Papan Kekunci | Gunakan Akses Papan Kekunci Penuh untuk menavigasi unsur UI pada Mac anda menggunakan kekunci Tab dan kekunci lain. Lihat Keutamaan Navigasi. Masukkan pengubahsuaian dengan lebih mudah menggunakan Kekunci Lekat, atau menghalang ketukan kekunci tidak sengaja menggunakan Kekunci Perlahan. Lihat keutamaan Perkakasan. Aktifkan Papan Kekunci Kebolehcapaian sebagai alternatif kepada papan kekunci fizikal dan gunakan pilihan Inap untuk mengawal penuding dengan peranti penjejak. Lihat Keutamaan Pemapar. | ||||||||||
Kawalan Penuding | Jadikan tetikus atau trackpad anda lebih mudah untuk digunakan. Lihat keutamaan Tetikus & Trackpad. Kawal penuding dengan pad kekunci angka menggunakan Kekunci Tetikus; gunakan pintasan papan kekunci, suis bantuan, atau riak muka untuk melaksanakan tindakan tetikus tertentu; atau gerakkan penuding menggunakan penuding kepala. Lihat keutamaan Kaedah Kawalan Alternatif. | ||||||||||
Kawalan Suis | Aktifkan Kawalan Suis dan gunakan satu atau lebih aksesori yang sesuai untuk memasukkan teks dan mengawal Mac anda. Lihat keutamaan Kawalan Suis. Setkan pilihan untuk penaipan, suis anda dan navigasi apabila anda menggunakan Kawalan Suis. | ||||||||||
Siri | Taip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya. Lihat keutamaan Siri. | ||||||||||
Pintasan | Pilih item untuk disertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Lihat keutamaan Pintasan. |
Keutamaan Sistem lain, seperti Paparan, Bunyi, Papan Kekunci, Trackpad dan Tetikus menawarkan pilihan tambahan yang boleh membantu anda.