Tukar keutamaan Zum untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Zum pada keutamaan Kebolehcapaian untuk menjadikan keseluruhan skrin lebih besar atau untuk membesarkan hanya di kawasan penuding berada.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Zum.
Buka anak tetingkap Zum untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Gunakan pintasan papan kekunci untuk menzum | Gunakan pintasan yang disenaraikan untuk zum masuk atau keluar. Sebagai contoh, untuk zum masuk, tekan Option-Command-Tanda Sama. |
Gunakan gerak isyarat skrol dengan kekunci pengubah suai untuk menzum | Tekan dan tahan kekunci pengubah suai terpilih semasa menskrol dengan trackpad anda atau roda skrol pada tetikus anda. Sebagai contoh, dengan tetapan trackpad lalai, tekan dan tahan kekunci Control dan seret dua jari ke atas (untuk zum masuk) atau ke bawah (untuk zum keluar). |
Gaya Zum | Pilih untuk zum keseluruhan skrin (Skrin penuh), kawasan tersuai skrin (Skrin terpisah), atau hanya kawasan di tempat penuding terletak (Gambar-dalam-gambar). Apabila anda menggunakan zum skrin penuh, anda boleh zum skrin paparan kedua yang tersedia (kadang-kadang dipanggil Paparan Zum). Klik Pilih Paparan, kemudian pilih paparan. |
Lanjutan | Tentukan pilihan untuk gaya zum yang dipilih. |
Dayakan Teks Terapung | Memaparkan zum resolusi tinggi teks, medan teks, item menu, butang dan banyak lagi dalam tetingkap berdedikasi. Lihat Gunakan Teks Terapung. Untuk menyesuaikan Teks Terapung, klik Pilihan, kemudian setkan mana-mana daripada pilihan berikut:
|
Dayakan zum Touch Bar | Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, paparkan versi lebih besarnya pada skrin. Lihat Zum masuk pada Touch Bar. |
Untuk mendayakan atau menyahdayakan Zum dengan cepat menggunakan panel Pintasan Kebolehcapaian, tekan Option-Command-F5 (atau jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan Touch ID tiga kali dengan cepat).
Untuk menentukan pilihan yang tersedia dalam panel, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pintasan.