Tukar keutamaan Kaedah Kawalan Alternatif untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Kaedah Kawalan Alternatif pada keutamaan Kawalan Penuding Kebolehcapaian untuk mendayakan Kekunci Tetikus, laksanakan tindakan tetikus tertentu menggunakan pintasan papan kekunci, suis bantuan, atau riak wajah, atau untuk menggerakkan penuding menggunakan penuding kepala.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , klik Kawalan Penuding, kemudian klik Kaedah Kawalan Alternatif.
Buka anak tetingkap Kaedah Kawalan Alternatif untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dayakan Kekunci Tetikus | Gerakkan penuding dan tekan butang tetikus menggunakan papan kekunci atau pad kekunci angka. Lihat Kawal penuding menggunakan Kekunci Tetikus. Nota: Apabila Kekunci Tetikus diaktifkan, anda tidak boleh menggunakan papan kekunci atau pad kekunci angka untuk masukkan teks. Untuk menyesuaikan, klik Pilihan:
| ||||||||||
Dayakan tindakan penuding alternatif | Laksanakan tindakan klik kiri, klik kanan, dwiklik, klik tiga kali, atau seret dan lepas menggunakan pintasan papan kekunci, suis bantuan, atau riak wajah (seperti senyum atau buka mulut). Untuk menentukan kekunci, suis dan riak wajah, atau untuk melihat yang telah ditentukan, klik Pilihan.
Nota: Tindakan klik kiri, klik kanan, dwiklik atau klik tiga kali berlaku sebaik sahaja anda menggunakan suis yang ditentukan. Sebagai contoh, jika anda mengeset suis untuk Klik Kiri pada riak wajah Jelir Lidah, klik kiri terjadi sebaik sahaja anda menjelirkan lidah anda. Tindakan seret dan lepas memerlukan anda untuk menggunakan suis dua kali: sekali untuk menyeret, kemudian sekali lagi untuk melepaskan. Sebagai contoh, apabila anda menjelirkan lidah anda, seret diaktifkan; untuk melepaskan, anda mesti menjelirkan lidah anda lagi. | ||||||||||
Dayakan penuding kepala | Gerakkan penuding menggunakan pergerakan muka atau kepala anda seperti yang dikesan oleh kamera yang terbina dalam atau yang bersambung ke Mac anda. Lihat Gerakkan penuding menggunakan penuding kepala. Untuk menyesuaikan, klik Pilihan. Umum
Tindakan
|
Untuk mendayakan atau menyahdayakan Kekunci Tetikus atau penuding kepala dengan cepat menggunakan panel Pintasan Kebolehcapaian, tekan Option-Command-F5 (atau jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan Touch ID tiga kali dengan cepat).
Untuk menentukan pilihan yang tersedia dalam panel, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pintasan.