![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/f9979df145e31ea9fb18995403d2b2f6.png)
Benarkan akses ke fail konfigurasi sistem
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses fail konfigurasi sistem anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menukar fail konfigurasi untuk mengesetkan Mac anda bagi melaksanakan fungsi tertentu.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan fail konfigurasi sistem anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan maklumat konfigurasi sistem anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan fail konfigurasi sistem anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan fail konfigurasi sistem dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple dalam bar sisi, kemudian klik Akses Cakera Penuh di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)