Benarkan app mengakses fail konfigurasi sistem anda
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses fail konfigurasi sistem anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menukar fail konfigurasi untuk mengesetkan Mac anda bagi melaksanakan fungsi tertentu.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan fail konfigurasi sistem anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan maklumat konfigurasi sistem anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan fail konfigurasi sistem anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya