![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/e6943af10c989a0c9f00b71a98f392b8.png)
Tukar keutamaan Privasi pada Mac
Gunakan anak tetingkap Privasi dari keutamaan Keselamatan & Privasi untuk mengurus maklumat yang Mac anda jadikan tersedia kepada orang lain pada internet atau rangkaian.
Untuk membuka anak tetingkap ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Perkhidmatan Lokasi | Apabila anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda membenarkan app, perkhidmatan sistem dan tapak web untuk menggunakan lokasi semasa Mac anda untuk memberikan maklumat, perkhidmatan dan ciri-ciri yang sesuai di mana anda berada. Untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda, klik butang Butiran. Cadangan Berdasarkan Lokasi membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Spotlight dan Cadangan Safari. |
Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Foto | Menunjukkan app yang telah meminta akses ke kenalan, kalendar, peringatan, atau foto anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. Nota: Dalam Foto, jika anda mempunyai item yang disimpan di luar Pustaka Foto, app lain mungkin masih mempunyai akses ke item. |
Kamera | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada kamera pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal kamera anda. |
Mikrofon | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada mikrofon pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal mikrofon anda. |
Pengecaman Pertuturan | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada pengecaman pertuturan pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses pengecaman pertuturan. |
Kebolehcapaian | Menunjukkan app yang menjalankan skrip dan arahan sistem untuk kawal Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal Mac anda. |
Pemantauan Input | Menunjukkan app yang telah meminta untuk memantau input daripada papan kekunci, tetikus, atau trackpad anda, walaupun semasa menggunakan app lain. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada memantau peranti input anda. |
Akses Cakera Penuh | Menunjukkan app yang boleh mengakses semua fail pada komputer anda, termasuklah data daripada app lain (sebagai contoh, Mail, Mesej, Safari dan Rumah), data daripada sandaran Time Machine dan seting pentadbiran tertentu untuk semua pengguna pada Mac ini. |
Fail dan Folder | Menunjukkan app yang boleh mengakses fail dan folder di lokasi yang berlainan pada Mac ini. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses fail dan folder. |
Rakaman Skrin | Menunjukkan app yang telah meminta akses untuk merakam kandungan skrin anda pada Mac. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada merakam skrin anda. |
Automasi | Menunjukkan app yang boleh mengakses dan mengawal app lain pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal app lain. |
Pengiklanan | Anda mungkin kadangkala menerima iklan dalam app Apple dan pada Mac anda yang menyasarkan minat anda. Untuk menghadkan iklan ini, pilih Hadkan Penjejakan Iklan. Anda mungkin masih menerima iklan, namun ia tidak akan dihantar berdasarkan data yang ditangkap oleh penjejakan iklan. Untuk mereset seting pengiklanan kepada keadaan asal, klik Reset Pengecam Pengiklanan. Untuk melihat maklumat tentang peranti anda yang digunakan untuk menghantar iklan kepada anda dalam Apple News, Saham dan Mac App Store, klik Lihat Maklumat Iklan. Untuk menyemak dasar Pengiklanan dan Privasi Apple, klik Perihal Pengiklanan dan Privasi. |
Analitis & Peningkatan | Untuk membantu Apple dan pembangun lain memberi khidmat kepada pelanggan yang lebih baik dan memperbaiki kualiti produk mereka, anda boleh memilih untuk menghantar maklumat analitis ke Apple dan pembangun app.
Lihat Kongsi maklumat analitis daripada Mac anda dengan Apple dan Tukar keutamaan Siri pada Mac. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi dalam macOS, lihat Kawal privasi anda.