Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPhone
Akaun Apple anda memberikan anda akses kepada perkhidmatan Apple seperti App Store, iTunes Store, Apple Books, Apple Music, FaceTime, iCloud, iMessage dan banyak lagi.
Apabila anda mencipta Akaun Apple baharu di China, Tanah Besar atau India, anda boleh menggunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai nama pengguna Akaun Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cipta dan urus Akaun Apple menggunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda
Jika anda tidak daftar masuk semasa persediaan, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
.
Ketik Akaun Apple.
Ketik satu daripada berikut:
Gunakan Peranti Apple Lain: Bawa iPhone atau iPad (dengan iOS 17, iPadOS 17 atau lebih baharu) lain anda berdekatan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Daftar Masuk Secara Manual: Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh mencipta satu.
Jika anda melindungi akaun anda dengan pengesahan dua faktor, masukkan kod pengesahan enam digit.
Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda, lihat Tapak web reset kata laluan anda.
Tukar seting Akaun Apple anda
Pergi ke Seting
> [nama anda].
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Kemas kini maklumat hubungan anda.
Tukar kata laluan anda.
Lihat dan urus langganan anda.
Kemas kini kaedah bayaran atau alamat pengebilan anda.
Tambah atau kemas kini kaedah bayaran dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Maklumat bayaran yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda digunakan untuk pembelian dan perkhidmatan media Apple.
Pergi ke Seting
> [nama anda].
Ketik Bayaran & Penghantaran. Anda mungkin perlu mengesahkan dengan Face ID atau Touch ID.
Ketik Tambah Kaedah Bayaran atau ketik kaedah bayaran sedia ada.
Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda perlu menukar atau mengemas kini kaedah bayaran Akaun Apple anda.