Cari foto dan video mengikut tarikh pada iPhone
Anda boleh mencari dan melayari foto dan video yang diambil pada tarikh tertentu—tahun, bulan atau hari—dalam app Foto.
Lihat foto dan video yang anda ambil pada hari terbaru
Anda boleh mencari foto dan video yang anda ambil pada hari tertentu dalam koleksi Hari Terbaru (di bawah pustaka foto).

Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Skrol ke bawah ke Hari Terbaru dan ketik hari untuk melihat foto dan video daripada hari tersebut.
Leret ke kiri atau kanan untuk beralih ke hari lain dengan cepat.
Apabila anda membuka hari dalam Hari Terbaru, anda boleh melihat ringkasan foto terbaik daripada hari tersebut. Untuk melihat semua foto yang anda ambil pada hari tersebut, ketik , kemudian ketik Semua.
Layari menerusi pustaka anda mengikut tahun atau bulan
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Leret ke bawah pada grid foto untuk membuka pustaka, kemudian ketik salah satu daripada berikut berdekatan bahagian bawah skrin:
Tahun: Cari tahun tertentu dalam pustaka foto anda dengan cepat.
Bulan: Lihat koleksi foto yang anda ambil sepanjang bulan, disusun mengikut peristiwa penting—seperti persiaran keluarga, peristiwa sosial, majlis hari lahir, atau perjalanan.
Paparan Tahun dan Bulan diurus untuk menunjukkan tangkapan terbaik anda dan serakan visual seperti foto yang serupa, gambar skrin, papan putih dan resit tidak ditunjukkan. Untuk melihat setiap foto dan video, ketik Semua.
Anda juga boleh mencari tarikh tertentu. Lihat Cari foto dan video.