Ketahui makna ikon status iPhone
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin membekalkan maklumat tentang iPhone. Pada iPhone dengan Face ID, terdapat ikon status tambahan di bahagian atas Pusat Kawalan.
Nota: Jika anda mengaktifkan Fokus, ikonnya kelihatan dalam bar status.
Ikon status | Apakah maksudnya | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Wi-Fi. iPhone disambungkan ke internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lihat Lihat rangkaian tersedia dan bersambung ke Wi-Fi. | ||||||||||
![]() | Isyarat selular. Bilangan bar menunjukkan kekuatan isyarat perkhidmatan selular anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan kelihatan. | ||||||||||
![]() | Isyarat selular dwi. Pada model dengan Dwi SIM, baris lebih atas bar menunjukkan kekuatan isyarat talian yang anda gunakan untuk data selular. Baris lebih bawah bar menunjukkan kekuatan isyarat talian lain anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan kelihatan. Untuk melihat ikon status dengan label pelan selular dan nama pembawa sepadannya, buka Pusat Kawalan. | ||||||||||
![]() | Mod Pesawat. Mod Pesawat aktif—anda tidak boleh membuat panggilan telefon dan fungsi wayarles lain mungkin dinyahdayakan. Lihat Pilih seting untuk perjalanan. | ||||||||||
![]() | 5G. Rangkaian 5G pembawa anda tersedia dan model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPhone anda. | ||||||||||
![]() | 5G UC. Rangkaian 5G UC pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPhone anda. | ||||||||||
![]() | 5G+. Rangkaian 5G+ pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPhone anda. | ||||||||||
![]() | 5G UW. Rangkaian 5G UW pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPhone anda. | ||||||||||
![]() | 5G E Rangkaian 5G E pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | LTE. Rangkaian LTE pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | UMTS. Rangkaian 4G UMTS (GSM) atau LTE pembawa anda (bergantung pada pembawa) tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | UMTS/EV-DO. Rangkaian 3G UMTS (GSM) atau EV-DO (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | EDGE. Rangkaian EDGE (GSM) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | GPRS/1xRTT. Rangkaian GPRS (GSM) atau 1xRTT (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | ||||||||||
![]() | SOS sahaja. Perkhidmatan penuh daripada penyedia selular anda tidak tersedia, tetapi panggilan kecemasan mungkin boleh dilakukan melalui rangkaian pembawa lain (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Gunakan SOS untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan. | ||||||||||
![]() | SOS Kecemasan melalui satelit. iPhone tidak bersambung ke rangkaian selular atau Wi-Fi, tetapi anda boleh menghubungi perkhidmatan kecemasan melalui satelit. Lihat Gunakan SOS Kecemasan melalui satelit. | ||||||||||
![]() | Panggilan Wi-Fi. iPhone disetkan untuk panggilan Wi-Fi. iPhone juga memaparkan nama pembawa bersebelahan ikon. Lihat Buat panggilan menggunakan Wi-Fi. | ||||||||||
![]() | Sambungan Hotspot Peribadi. iPhone disambungkan ke internet menerusi Hotspot Peribadi peranti lain. Lihat Sertai Hotspot Peribadi. | ||||||||||
![]() | VPN. iPhone bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. | ||||||||||
![]() | Navigasi. iPhone memberikan arah pusingan demi pusingan. Lihat Dapatkan arah memandu. | ||||||||||
![]() | Hotspot Peribadi. iPhone memberikan Hotspot Peribadi. Lihat Kongsi sambungan internet anda dengan Hotspot Peribadi. | ||||||||||
![]() | Panggilan telefon. iPhone berada pada panggilan. Lihat Buat panggilan telefon. | ||||||||||
![]() | FaceTime. iPhone berada pada panggilan FaceTime. Lihat Buat panggilan FaceTime. | ||||||||||
![]() | Rakaman skrin. iPhone merakam skrin anda. Lihat Ambil rakaman skrin. | ||||||||||
![]() | Kamera sedang digunakan. App sedang menggunakan kamera anda. Lihat Kawal app yang mempunyai akses kepada kamera dan mikrofon pada iPhone anda. | ||||||||||
![]() | Mikrofon sedang digunakan. App sedang menggunakan mikrofon anda. Lihat Kawal app yang mempunyai akses kepada kamera dan mikrofon pada iPhone anda. | ||||||||||
![]() | Penyelarasan. iPhone sedang diselaraskan dengan komputer anda. Lihat Selaraskan kandungan disokong. | ||||||||||
![]() | Aktiviti rangkaian. Menunjukkan bahawa terdapat aktiviti rangkaian. Beberapa app pihak ketiga juga mungkin menggunakannya untuk menunjukkan proses aktif. Lihat Sambung ke internet. | ||||||||||
![]() | Pemajuan panggilan. Pemajuan panggilan disediakan. Lihat Sediakan pemajuan panggilan. | ||||||||||
![]() | Kunci. iPhone dikunci. Lihat Bangunkan dan buka kunci iPhone. | ||||||||||
![]() | Jangan Ganggu. Jangan Ganggu diaktifkan. Lihat Aktifkan atau jadualkan Fokus. | ||||||||||
![]() | Kunci orientasi Potret. Skrin iPhone dikunci dalam orientasi potret. Lihat Tukar atau kunci orientasi skrin. | ||||||||||
![]() | Perkhidmatan lokasi. App sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Kawal app yang boleh menggunakan lokasi iPhone anda. | ||||||||||
![]() | Penggera. Penggera disetkan. Lihat Setkan penggera . | ||||||||||
![]() | Fon kepala disambungkan. iPhone dipasangkan dengan fon kepala Bluetooth® yang diaktifkan dan dalam lingkungan Bluetooth. Lihat Sediakan dan dengar fon kepala Bluetooth. | ||||||||||
![]() | Bateri. Menunjukkan paras bateri iPhone. Apabila ikon berwarna kuning, Mod Kuasa Rendah diaktifkan. Lihat Tunjukkan peratusan bateri iPhone. | ||||||||||
![]() | Pengecasan bateri. Bateri iPhone sedang dicas. Lihat Cas bateri. | ||||||||||
![]() | Bateri Bluetooth. Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth yang dipasangkan. Lihat Bersambung ke aksesori Bluetooth. | ||||||||||
![]() | AirPlay. AirPlay diaktifkan. Lihat Strim video dan foto. | ||||||||||
![]() | Kawalan Suara. Kawalan Suara diaktifkan dalam Seting > Kebolehcapaian dan anda boleh menggunakan suara anda untuk berinteraksi dengan iPhone. | ||||||||||
![]() | TTY. RTT / TTY Perisian atau TTY Perkakasan diaktifkan. Lihat Sediakan dan gunakan RTT dan TTY. | ||||||||||
![]() | CarPlay. iPhone disambungkan ke CarPlay. Lihat Bersambung ke CarPlay. | ||||||||||
![]() | Siri Eyes Free. Anda boleh bertanyakan soalan atau membuat permintaan kepada Siri dalam kereta anda. Lihat Gunakan Siri dalam kereta anda. |