Kawal akses kepada ciri perkakasan pada iPhone
Sebelum app menggunakan kamera atau mikrofon pada iPhone anda, ia perlu meminta keizinan anda dan menerangkan sebab untuk meminta. Sebagai contoh, app rangkaian sosial mungkin meminta untuk menggunakan kamera anda supaya anda boleh mengambil dan memuat naik gambar kepada app tersebut. App juga perlu meminta keizinan anda untuk menggunakan pelbagai ciri perkakasan lain, termasuk sambungan Bluetooth®, sensor pergerakan dan kecergasan, serta peranti pada rangkaian setempat anda.
Anda boleh menyemak app yang telah meminta akses kepada ciri perkakasan ini dan anda boleh menukar akses app mengikut kehendak anda.
Semak atau tukar akses kepada kamera, mikrofon dan ciri perkakasan lain
Pergi ke Seting
> Privasi & Keselamatan.
Ketik ciri perkakasan, seperti Kamera, Bluetooth, Rangkaian Setempat atau Mikrofon.
Senarai menunjukkan app yang meminta akses. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan akses untuk sebarang app pada senarai.
Nota: Apabila app menggunakan kamera (termasuk kamera dan mikrofon digunakan bersama), penunjuk hijau kelihatan. Penunjuk jingga kelihatan di bahagian atas skrin apabila app menggunakan mikrofon tanpa kamera. Mesej juga kelihatan di bahagian atas Pusat Kawalan untuk memaklumkan anda apabila app telah menggunakan salah satu baru-baru ini.