Lukis atau tulis tangan dalam papan Freeform pada iPhone
Anda boleh melakar atau mencatat nota tulisan tangan dengan jari anda. Anda boleh mengedit dan bekerja dengan teks tulisan tangan seperti yang anda lakukan dengan teks ditaipkan.

Lukis atau tulis tangan
Pergi ke app Freeform
pada iPhone anda.
Buka papan, atau ketik
untuk memulakan papan yang baharu.
Ketik
, kemudian lukis dengan jari anda.
Petua: Tahan jari anda untuk seketika apabila anda selesai melukis untuk melicinkan dan meluruskan bentuknya.
Ketik alat untuk bertukar kepadanya. (Leret untuk melihat alat lain, seperti Isi, Krayon, Pena atau Berus Warna Air.)
Ketik mana-mana alat untuk kali kedua untuk menukar kualitinya, seperti ketebalan atau kelegapan goresan.
Untuk mengisi bentuk tertutup dengan warna, gunakan alat Isian (tiub cat).
Untuk melukis garisan lurus, ketik alat Pembaris. (Anda boleh memutarkannya dengan meletakkan dua jari padanya dan memutarkan tangan anda.)
Jika anda mempunyai mana-mana model iPhone 16, iPhone 15 Pro atau iPhone 15 Pro Max dan Apple Intelligence diaktifkan, anda boleh menggunakan Image Playground untuk mencipta imej unik dalam Freeform. Lihat Cipta imej asal dengan Image Playground.
Pilih dan edit sebahagian daripada lukisan
Apabila anda melukis dalam app Freeform , goresan anda dikumpulkan. Jika anda mahu memisahkan lukisan, anda boleh mengasingkan goresan dan menggabungkannya. Anda juga boleh memadamkan, mensaiz semula dan meluruskan bahagian lukisan.
Selepas anda melukis atau menulis pada papan Freeform anda dengan alat lukisan, ketik
(di antara Pemadam dan Pembaris) dalam alat melukis.
Ketik atau bulatkan bahagian lukisan yang anda mahu pilih, kemudian pilih pilihan. (Ketik
untuk melihat pilihan lain.)
Petua: Pilih Lekat pada Bentuk untuk melicinkan dan meluruskan garis dilukis tangan.
Anda juga boleh mengetik untuk memilih seluruh lukisan atau item lain apabila anda tidak menggunakan alat lukisan. Ketik item untuk memilihnya, ketik dalam alat pemformatan, kemudian ketik Potong, Salin atau Duplikasi.
Bekerja dengan teks tulisan tangan
Apabila anda menulis menggunakan tangan dalam app Freeform , tulisan tangan anda dicam sebagai perkataan. Anda bolen mencari teks yang anda tulis dengan tangan dalam cara yang sama anda mencari teks ditaipkan. Anda juga boleh memilihnya, menyalin dan menampalnya sebagai teks, meluruskannya atau menterjemahnya. Apabila anda menulis sesuatu seperti nombor telefon atau alamat, anda boleh mengetiknya untuk membuka app berkaitan seperti Telefon atau Peta.
Selepas anda melukis atau menulis pada papan Freeform anda dengan alat lukisan, ketik
(di antara Pemadam dan Pembaris) dalam alat melukis.
Ketik atau bulatkan perkataan yang anda mahu pilih, kemudian pilih pilihan daripada menu yang kelihatan. (Ketik
untuk melihat pilihan lain.)
Petua: Pilih Luruskan untuk menjajarkan garis asas huruf anda dengan grid.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka menu atau app berkaitan yang lain: Ketik pautan, alamat, nombor telefon atau tarikh yang ditulis dengan tangan.
Seret dan lepas: Sentuh dan tahan teks.
Pilihan pintar: Dwiketik teks.