Lihat data anda dalam Kesihatan pada iPhone
Anda boleh melihat maklumat kesihatan dan kecergasan anda di satu tempat. Sebagai contoh, anda boleh menyemak sama ada metrik anda bertukar dari semasa ke samasa dan lihat prestasi anda memenuhi matlamat untuk aktiviti, tidur, kesedaran minda dan banyak lagi.
Sesuaikan kategori kesihatan anda yang dipinkan pada skrin Ringkasan
Anda boleh mengepin dan menyusun kategori kesihatan yang paling penting untuk anda seperti Perubatan, Kadar Jantung, Langkah dan banyak lagi.
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Ringkasan di bahagian kiri bawah.
Ketik Edit bersebelahan Dipinkan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pin kategori kesihatan: Ketik
bersebelahan kategori.
Nyahpin kategori kesihatan: Ketik
bersebelahan kategori.
Susun semula kategori kesihatan dalam senarai Dipinkan anda: Seret
bersebelahan kategori ke atas atau bawah.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Lihat serlahan anda
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Ringkasan di bahagian kiri bawah, kemudian skrol ke bawah ke Sorotan untuk melihat sorotan data kesihatan dan kecergasan terbaharu anda.
Lakukan yang berikut:
Lihat lebih data tentang sorotan: Ketik grafnya.
Lihat lebih banyak sorotan: Ketik Tunjukkan Semua Sorotan.
Lihat aliran kesihatan anda
Untuk membantu anda menjejak data kesihatan anda dari semasa ke semasa, Kesihatan boleh mengisyaratkan anda perubahan ketara dalam jenis data seperti kadar jantung rehat, bilangan langkah dan jumlah tidur. Garis aliran menunjukkan jumlah dan tempoh metrik yang telah berubah.
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Ringkasan di bahagian kiri bawah, kemudian skrol ke bawah pada Aliran untuk melihat sebarang aliran terbaharu.
Jika Kesihatan mengesan aliran, anda boleh lakukan yang berikut:
Lihat lebih data tentang aliran: Ketik grafnya.
Lihat lebih aliran: Ketik Tunjukkan Semua Aliran Kesihatan.
Untuk menerima pemberitahuan tentang aliran kesihatan anda, ketik Ringkasan di bahagian kiri bawah, ketik gambar atau parap anda di bahagian kanan atas, ketik Pemberitahuan, kemudian aktifkan Aliran.
Lihat aliran, serlahan dan butiran untuk kategori kesihatan khusus
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Layari di bahagian kanan bawah untuk memaparkan skrin Kategori Kesihatan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik kategori. (Untuk melihat semua kategori, skrol ke atas dan bawah.)
Ketik medan carian, kemudian taipkan nama kategori (seperti Mobiliti) atau jenis data tertentu (seperti Kelajuan Berjalan).
Bergantung pada jenis data, anda mungkin boleh melakukan yang berikut:
Lihat butiran tentang sebarang data: Ketik
.
Lihat paparan data mingguan, bulanan dan tahunan: Ketik tab di bahagian atas skrin.
Masukkan data secara manual: Ketik Tambah Data di penjuru kanan atas skrin.
Tambah jenis data ke Kegemaran pada skrin Ringkasan: Ketik Tambah ke Kegemaran. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).
Lihat app dan peranti yang dibenarkan untuk berkongsi data: Di bawah Pilihan, ketik Sumber & Akses Data. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).
Padamkan data: Ketik Tunjukkan Semua Data di bawah Pilihan, leret ke kiri pada rekod data, kemudian ketik Padam. Untuk memadamkan semua data, ketik Edit, kemudian ketik Padam Semua.
Tukar unit ukuran: Ketik Unit di bawah Pilihan, kemudian pilih unit.
Ketahui lebih lanjut tentang kesihatan dan kecergasan
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Skrol bawah ke Manfaatkan Sepenuhnya Kesihatan atau Artikel, kemudian ketik item untuk mengetahui lebih lanjut.
Apabila anda melihat butiran dalam kebanyakan kategori kesihatan, app yang dicadangkan ditunjukkan sebagai tambahan kepada data anda.