Tandakan AirTag atau item lain sebagai hilang dalam Cari pada iPhone
Jika anda kehilangan AirTag atau item pihak ketiga yang didaftarkan ke Akaun Apple, anda boleh menggunakan app Cari untuk menandakannya sebagai hilang.
Ketahui cara mendaftarkan AirTag atau item pihak ketiga.
Nota: Mencari item tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Apakah yang berlaku apabila anda menandakan item sebagai hilang?
Anda boleh menambah mesej yang mengatakan item hilang dan menyertakan nombor telefon atau alamat e-mel anda.
Jika orang lain menemui item anda, mereka boleh menggunakan peranti disokong untuk melihat tapak web dengan mesej Mod Hilang.
Aktifkan Tunjukkan Info Hubungan untuk item yang hilang
Untuk mengaktifkan Tunjukkan Info Hubungan untuk item yang hilang, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Cari
pada iPhone anda.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item yang hilang.
Di bawah AirTag Hilang, ketik Tunjukkan Info Hubungan.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk menghubungi anda. Untuk memasukkan alamat e-mel, ketik “Gunakan alamat e-mel”.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar seting pemberitahuan pada iPhone.
Ketik Selesai.
Tukar maklumat hubungan dalam mesej Mod Hilang
Pergi ke app Cari
pada iPhone anda.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item yang hilang.
Di bawah AirTag Hilang, ketik Tunjukkan Info Hubungan.
Edit nombor telefon atau mesej, kemudian ketik Selesai.
Nyahaktifkan Tunjukkan Info Hubungan untuk item yang hilang
Apabila anda menemui item anda yang hilang, nyahaktifkan Tunjukkan Info Hubungan.
Pergi ke app Cari
pada iPhone anda.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item.
Di bawah AirTag Hilang, ketik Tunjukkan Info Hubungan.
Ketik Berhenti Tunjukkan Maklumat.