Terjemahkan teks dalam app pada iPhone
Pada iPhone, anda boleh menterjemahkan teks dalam app seperti Kamera, Foto, Safari, Mesej, Mail, app pihak ketiga disokong dan banyak lagi.
Nota: Terjemahan tersedia untuk bahasa disokong. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Terjemah teks dalam app
Anda boleh memilih sebarang teks untuk diterjemahkan dalam app seperti Safari, Mesej, Mail, app pihak ketiga disokong dan banyak lagi. Apabila anda memasukkan teks pada iPhone, anda juga boleh menggantikan perkara yang anda tulis dengan terjemahan.
Pergi ke app seperti Safari, Mesej atau Mail pada iPhone anda.
Pilih teks yang anda mahu terjemah, kemudian ketik Terjemah.
Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik
untuk melihat lebih banyak pilihan.
Ketik bahasa yang anda mahu terjemahkan teks anda yang dipilih.
Di bawah terjemahan teks, pilih mana-mana yang berikut:
Gantikan dengan Terjemahan: Gantikan teks asal anda dengan terjemahan (tersedia hanya apabila menterjemah teks boleh diedit).
Salin Terjemahan: Salin teks yang diterjemahkan.
Tambah ke Kegemaran: Tambahkan terjemahan ke senarai kegemaran.
Buka dalam Terjemah: Lakukan lebih banyak lagi dengan terjemahan dalam app Terjemah.
Muat Turun Bahasa: Muat turun bahasa untuk terjemahan luar talian.
Dengar Teks Asal: Ketik lagi, kemudian ketik
untuk mendengar teks asal.
Dengar Teks Diterjemah: Ketik
untuk mendengar teks diterjemah.
Terjemahkan teks dalam foto
Pada model disokong, apabila anda melihat foto yang menyertakan teks, ketik , sentuh dan tahan teks yang anda mahu terjemahkan, kemudian ketik Terjemah.
Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik untuk melihat lebih banyak pilihan.
Terjemahkan teks dalam app Kamera
Pada model disokong, anda boleh menggunakan app Kamera untuk menterjemahkan teks di sekeliling anda—contohnya, seperti resipi.
Pergi ke app Kamera
pada iPhone anda.
Tempatkan iPhone supaya teks kelihatan pada skrin.
Apabila bingkai kuning kelihatan di sekeliling teks dikesan, ketik
.
Pilih teks yang anda mahu terjemah, kemudian ketik Terjemah.
Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik
untuk melihat lebih banyak pilihan.