Mainkan audio lossless dalam Muzik pada iPhone
Pelanggan Apple Music boleh mengakses jutaan trek yang dikodkan menggunakan pemampatan audio lossless.
Pemampatan lossless ialah bentuk pemampatan yang mengekalkan semua data asal. Apple telah membangunkan teknologi pemampatan audio lossless sendiri yang dipanggil Codec Audio Lossless Apple (ALAC). Seluruh katalog Apple Music dikodkan menggunakan ALAC dalam resolusi daripada 16-bit/44.1 kHz (Kualiti CD) hingga 24-bit/192 kHz.
Perkara yang anda perlu tahu tentang lossless dalam Apple Music
Menstrim audio lossless melalui rangkaian selular atau Wi-Fi menggunakan lebih banyak data secara ketara. Memuat turun audio lossless juga menggunakan lebih banyak ruang pada peranti anda secara ketara. Resolusi lebih tinggi menggunakan lebih banyak data daripada resolusi lebih rendah.
Fon kepala AirPods, AirPods Pro, AirPods Max dan Beats wayarles menggunakan Codec Bluetooth AAC Apple untuk memastikan kualiti audio yang amat baik. Namun begitu, sambungan Bluetooth® bukan lossless.
Untuk mendapatkan versi lossless muzik yang anda telah muat turun daripada Apple Music, hanya padam muzik tersebut dan muat turun muzik semula daripada katalog Apple Music.
Untuk memainkan lagu pada kadar sampel lebih tinggi daripada 48 kHz pada iPhone, anda memerlukan penukar digital ke analog luaran.
Nota: Apple Music dan lossless tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Aktifkan Audio Lossless dan pilih seting kualiti audio
Anda boleh memilih seting kualiti audio untuk penstriman selular, penstriman Wi-Fi dan muat turun.
Pergi ke Seting
> App > Muzik.
Ketik Kualiti Audio, kemudian ketik Audio Lossless untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Pilih kualiti audio untuk penstriman dan memuat turun audio.
Pilih Lossless untuk resolusi maksimum 24-bit/48 kHz.
Pilih Lossless Hi-Res untuk resolusi maksimum 24-bit/192 kHz.
Kualiti audio muzik yang distrim bergantung pada ketersediaan lagu, keadaan rangkaian dan kebolehan fon kepala atau speaker yang disambungkan.
Kenal pasti muzik lossless
Ikon Lossless kelihatan pada halaman album apabila muzik tersedia dalam audio lossless.
Untuk melihat ikon Lossless bagi muzik pada skrin Kini Dimainkan, pergi ke Seting > App > Muzik > Kualiti Audio, kemudian aktifkan Audio Lossless.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal audio lossless dalam Apple Music.