Dapatkan arah ke kereta diparkir anda dalam Peta pada iPhone
Apabila anda memutuskan sambungan iPhone daripada CarPlay atau sistem Bluetooth® kereta anda dan keluar daripada kenderaan anda, penanda kereta diparkir dijatuhkan supaya anda boleh mencari jalan balik ke kereta anda dengan mudah.
Cari kereta diparkir anda
Pergi ke app Peta
pada iPhone anda.
Pilih Kereta Diparkir di bawah Cadangan Siri.
Jika anda tidak melihat kereta diparkir anda dalam Peta
Pastikan iPhone anda dipasangkan ke CarPlay atau Bluetooth dalam kereta anda, kemudian pastikan seting berikut:
Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting
> Privasi & Keselamatan.
Lokasi Penting diaktifkan dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.
Tunjukkan Lokasi Diparkir diaktifkan dalam Seting > App > Peta.
Nota: Kereta anda yang diparkir tidak ditandakan pada lokasi yang anda kerap parkir, seperti di rumah atau pejabat.
Jangan tunjukkan lokasi diparkir anda
Pergi ke app Peta
pada iPhone anda.
Untuk mengeluarkan penanda Kereta Diparkir untuk lokasi semasa kereta anda, sentuh dan tahan penanda, kemudian ketik Keluarkan Kereta.
Untuk jangan menunjukkan lokasi parkir anda, pergi ke Seting > App > Peta, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Lokasi Diparkir.