Kesan perabot di sekeliling anda menggunakan Pembesar pada iPhone
Jika anda buta atau mempunyai penglihatan lemah, anda boleh menggunakan app Pembesar pada iPhone untuk mengesan perabot di sekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jarak anda daripada perabot dan apabila kerusi atau sofa dikesan, ketahui jika ia diduduki.
Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi. Pengesanan perabot hanya tersedia pada model iPhone yang disokong.
Kesan perabot berhampiran anda
Pergi ke app Pembesar
pada iPhone anda.
Ketik
untuk memulakan Mod Pengesanan.
Jika anda tidak melihat
, anda boleh menambahnya. Lihat Sesuaikan kawalan.
Sentuh dan tahan
, kemudian pastikan Perabot dipilih.
Tempatkan iPhone supaya kamera belakang boleh mengesan perabot di sekeliling anda. Apabila perabot dikesan berhampiran, anda dimaklumkan dengan maklum balas bunyi, pertuturan, atau haptik. Maklum balas menjadi lebih kerap apabila anda lebih dekat dengan perabot.
Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan Lihat Laraskan kelantangan.
Untuk menjeda pengesanan buat sementara, dwiketik skrin dengan dua jari. Dwiketik lagi dengan dua jari untuk meneruskan pengesanan. Untuk menghentikan Mod Pengesanan, ketik
.
Sesuaikan seting untuk mengesan perabot
Pergi ke app Pembesar
pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian ketik Kesan.
Ketik Perabot, kemudian sesuaikan mana-mana daripada berikut:
Unit: Pilih Meter atau Kaki.
Jarak pic bunyi: Ketik
atau
untuk melaraskan jarak untuk maklum balas bunyi. Apabila perabot dikesan dalam jarak ini, pic maklum balas bunyi meningkat.
Maklum balas: Aktifkan sebarang gabungan Label, Bunyi, Pertuturan dan Haptik. Jika anda mengaktifkan Pertuturan, iPhone menyebut jarak antara anda dan perabot.
Umumkan Penghunian Kerusi: Aktifkan Umumkan Penghunian Kerusi untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan orang yang menduduki kerusi atau sofa.
Untuk kembali ke kanta Pembesar langsung, ketik
, ketiknya lagi, kemudian ketik Selesai.