Tukar hias latar pada iPhone
Pada iPhone, anda boleh menukar hias latar pada Skrin Kunci dan Skrin Utama. Anda boleh mengesetkan hias latar anda dalam Seting atau melalui galeri hias latar daripada Skrin Kunci anda. Lihat Cipta Skrin Kunci tersuai iPhone.

Pergi ke Seting
> Hias Latar, kemudian ketik Tambah Hias Latar Baharu.
Galeri hias latar kelihatan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik butang di bahagian atas galeri hias latar—contohnya, Foto, Rombakan Foto, Live Photo dan sebagainya—untuk mereka bentuk hias latar anda dengan foto, corak emoji, gambar cuaca setempat anda dan banyak lagi.
Pilih hias latar daripada satu set yang ditampilkan (Koleksi, Astronomi, Cuaca dan sebagainya).
Jika anda menambahkan Foto atau Rombakan Foto ke hias latar anda dan mahu menyesuaikan satu atau lebih banyak foto untuknya, lihat Sesuaikan foto Skrin Kunci anda.
Ketik Tambah, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih sama ada untuk menggunakan hias latar pada Skrin Kunci dan Skrin Utama: Ketik Setkan sebagai Pasangan Hias Latar.
Buat lebih perubahan pada Skrin Utama: Ketik Sesuaikan Skrin Utama. Ketik warna untuk menukar warna hias latar, ketik
untuk menggunakan foto tersuai atau pilih Kabur untuk mengaburkan hias latar supaya app kelihatan menonjol.