Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat pada iPhone
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat dengan mengklik atau menekan butang iPhone atau mengetik belakang iPhone. Anda juga boleh menggunakan Pusat Kawalan, Siri atau Pintasan Suara.
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian
Klik tiga kali butang sisi atau butang Utama untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian pilihan anda.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih ciri yang anda mahu.
Jika anda memilih hanya satu ciri, ciri tersebut diaktifkan atau dinyahaktifkan serta-merta apabila anda mengklik pintasan butang.
Klik tiga kali satu daripada berikut:
Butang sisi (pada iPhone dengan Face ID)
Butang Utama (pada model iPhone lain)
Untuk membuatkan iPhone mengecam klik tiga kali lebih perlahan, lihat Laraskan seting untuk butang sisi atau Utama.
Ketik ciri yang anda mahu untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan (jika Pintasan Kebolehcapaian disediakan dengan lebih daripada satu ciri).
Nota: Untuk menambah sesetengah ciri—seperti Akses Bantu atau Akses Dibantu—ke Pintasan Kebolehcapaian, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan Pintasan Kebolehcapaian untuk masuk dan keluar daripada Akses Bantu, tetapi anda tidak boleh menggunakannya untuk mengaktifkan ciri lain semasa Akses Bantu aktif. Untuk menggunakan Pintasan Kebolehcapaian semasa Akses Dibantu aktif, anda mesti mengaktifkan Pintasan Kebolehcapaian dalam seting Akses Dibantu.
Tekan butang Tindakan
Pada model iPhone yang disokong, anda boleh menekan butang Tindakan untuk membuka app Pembesar atau ciri kebolehcapaian pilihan anda. Lihat Gunakan dan sesuaikan butang Tindakan.
Ketik belakang iPhone
Anda boleh ketik dua atau tiga kali belakang iPhone untuk membuka ciri kebolehcapaian pilihan anda. Lihat Ketik belakang iPhone untuk melaksanakan tindakan atau pintasan.
Gunakan Pusat Kawalan
Anda boleh menambah ciri kebolehcapaian ke Pusat Kawalan untuk akses pantas apabila anda meleret dari dan hujung skrin.
Untuk menukar ciri tersedia di Pusat Kawalan, buka Pusat Kawalan, ketik
di penjuru kiri atas, kemudian ketik Tambah Kawalan.
Ketik kawalan untuk menambahnya ke Pusat Kawalan. Skrol bawah untuk melihat lebih banyak kawalan, termasuk kategori kawalan untuk kebolehcapaian, pendengaran, mobiliti dan penglihatan.
Anda boleh menukar ciri yang kelihatan apabila anda mengetik dalam Pusat Kawalan. Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Pusat Kawalan Pendengaran, kemudian tambah atau keluarkan ciri.
Gunakan Siri
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Kawalan Suara” atau “Nyahaktifkan VoiceOver”. Ketahui cara menggunakan Siri.
Gunakan Pintasan Suara
Anda boleh mengajar iPhone untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian apabila anda menyebut perkataan atau bunyi lain pilihan anda. Lihat Gunakan Pintasan Suara.