Susun nota anda dengan Folder Pintar pada iPhone
Dalam app Nota, anda boleh mencari dan menapis nota anda dengan mudah merentas folder menggunakan Folder Pintar.
Cipta Folder Pintar
Pergi ke app Nota
pada iPhone anda.
Ketik
, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun), masukkan nama, kemudian ketik Jadikan Folder Pintar.
Pilih satu atau lebih penapis, kemudian pilih untuk menyertakan nota yang sepadan dengan sebarang atau semua penapis yang dipilih. Anda boleh menapis mengikut tag, tarikh, sebutan dan banyak lagi.
Anda juga boleh mencipta Folder Pintar semasa melihat senarai nota ditag, ketik , kemudian ketik Cipta Folder Pintar.
Tukar folder kepada Folder Pintar
Semasa melihat folder yang anda mahu tukar, ketik , skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Tukar kepada Folder Pintar.
Apabila anda menukar folder, notanya dialihkan ke folder Nota dan ditag dengan nama Folder Pintar.
Nota: Anda tidak boleh menukar folder dikongsi, folder dengan subfolder, atau folder yang mengandungi nota dikunci.
Edit Folder Pintar
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam senarai folder, ketik Edit, kemudian ketik
untuk menambah, mengalihkan dan menamakan semula folder.
Sentuh dan tahan Folder Pintar, kemudian ketik Edit Folder Pintar. Anda boleh menukar nama atau penapis.