Dapatkan arah memandu dalam Peta pada iPhone
Anda boleh mendapatkan arah memandu terperinci ke destinasi anda.
Apabila anda memandu dalam bandar yang dipilih, anda melihat butiran dipertingkatkan untuk pejalan kaki, laluan basikal, bangunan dan perspektif paras jalan yang membantu anda mencari laluan yang betul semasa anda menghampiri persimpangan yang rumit (model disokong).
Nota: Arah dituturkan pusingan demi pusingan dan arah untuk berbilang perhentian tersedia di kawasan terpilih. Ciri berbeza mengikut negara dan rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Dapatkan arah memandu
Pergi ke app Peta
pada iPhone anda.
Sentuh dan tahan di mana-mana pada peta atau masukkan alamat dalam medan carian, kemudian Ketik Arah atau
.
Ketik Pergi atau Langkah untuk laluan yang anda mahu ambil.
Siri: Anda juga boleh menyebut sesuatu seperti: “Berikan saya arah memandu ke rumah.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Apabila Fokus Memandu diaktifkan, atau jika iPhone mengunci secara automatik, Peta kekal atas skrin dan terus menuturkan arah. Walaupun anda membuka app lain, anda terus menerima arah pusingan demi pusingan. (Untuk kembali ke Peta daripada app lain, ketik sepanduk arah di bahagian atas skrin atau penunjuk navigasi dalam bar status.)
Anggarkan masa perjalanan untuk bertolak atau ketibaan masa depan
Pergi ke app Peta
pada iPhone anda.
Ketik Sekarang, pilih masa atau tarikh untuk bertolak atau ketibaan, kemudian ketik Selesai.
Anggaran masa perjalanan mungkin bertukar berdasarkan trafik ramalan.
Elakkan tol atau lebuh raya
Pergi ke app Peta
pada iPhone anda.
Ketik Elakkan (di bawah destinasi), pilih pilihan anda, kemudian ketik Gunakan.
Tunjukkan atau sembunyikan kompas atau had laju
Pergi ke Seting
> App > Peta.
Ketik Memandu (di bawah destinasi), kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Kompas atau Had Laju.