Sekat dan senyapkan panggilan FaceTime daripada pemanggil yang tidak dikenali pada iPhone
Dalam app FaceTime , anda boleh menyekat panggilan FaceTime daripada pemanggil yang tidak dikenali dan melaporkan panggila sebagai spam atau sarap. Anda juga boleh menyenyapkan panggilan daripada pemanggil tidak dikenali.
Sekat panggilan FaceTime
Jika anda menerima panggilan FaceTime yang tidak diingini, anda boleh menyekat pemanggil. Lakukan satu daripada berikut:
Semasa panggilan, ketik
, ketik Sekat Pemanggil, kemudian ketik Sekat. (Anda mungkin perlu mengetik tetingkap FaceTime untuk
kelihatan.)
Dalam sejarah panggilan FaceTime atau dalam senarai Terbaru anda dalam app Telefon, leret ke kiri pada panggilan, ketik
, kemudian ketik Sekat.
Sekat panggilan FaceTime Kumpulan
Jika anda menerima panggilan FaceTime Kumpulan tidak diingini daripada pemanggil yang tidak dikenali, anda boleh menyekat semua peserta dengan melakukan salah satu daripada berikut:
Apabila panggilan berdering: Ketik bahagian kiri pemberitahuan untuk mengembangkan tetingkap, ketik
di bahagian atas senarai, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Semasa panggilan FaceTime Kumpulan: Ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Selepas panggilan FaceTime Kumpulan tamat: Ketik panggilan dalam sejarah panggilan, ketik
bersebelahan maklumat pemanggil, ketik Sekat Pemanggil, kemudian ketik Sekat Kenalan.
Dalam sejarah panggilan FaceTime atau dalam senarai Terbaru anda dalam app Telefon, leret ke kiri pada panggilan, ketik
, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Nota: Jika panggilan Kumpulan FaceTime disenaraikan dalam bahagian Aktif, ia belum berakhir, pilihan Sekat tidak tersedia dalam sejarah panggilan anda.
Senyapkan panggilan FaceTime daripada pemanggil yang tidak dikenali
Pergi ke Seting > App > FaceTime > Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali, kemudian aktifkan Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali.
Seting ini memastikan yang anda akan menerima panggilan FaceTime hanya daripada kenalan disimpan, orang yang anda telah panggil dan orang yang dicadangkan oleh Siri. Panggilan daripada nombor tidak dikenali pergi ke mel suara dan dipaparkan pada senarai Terbaru.