Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sediakan panggilan menunggu pada iPhone
Anda boleh menyediakan panggilan menunggu pada iPhone jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian GSM.
Jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian CDMA, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan panggilan menunggu.
Pergi ke Seting
> App > Telefon.
Ketik Panggilan Menunggu, kemudian aktifkan Panggilan Menunggu.
Jika anda dalam panggilan dan panggilan menunggu dinyahaktifkan, panggilan masuk akan masuk terus ke mel suara.
Pada model dengan Dwi SIM, panggilan menunggu berfungsi hanya untuk panggilan masuk pada talian yang sama, melainkan talian lain mempunyai Panggilan Wi-Fi diaktifkan dan sambungan data tersedia. Lihat Sediakan perkhidmatan selular pada iPhone.